Assalamualaikum..sudah lama kita tidak berjumpa,lagila mendapat ilmu yang baru dari saya..
kali ini,masa ni,berpeluang untuk teruskan lagi menyebarkan ilmu-ilmu yang penting kepada ummat islam sekarang..
Tajuknya: sihir
Jika sebelum ini saya memperkatakan tentang jenis-jenis sihir...ya,kali saya akan beri bagaimana kita nak elak daripada di sihir, nak di jaohkan daripada terkena sihir dan mengubat sihir..
Walaupon hidup kita ini,sudah melangkah era kemajuan,maju teknologinya,maju pembangunannya,maju ilmunya,maju ekonominya,maju perdagangannya,maju pentadbirannya,maju pendidikannya..tetapi kita sebenarnya tidak maju pada hati dan akal kita,maksudnya,.hati kita kotor,fikiran kotor,.memeanglah zahir kitaa maju dari dunia,tetapi kita miskin,tidak maju pada hati dan akal fikiran kita..kenapa?
sebabnya,ramai di antara kita masih lagi yang mengamalkan ilmu-ilmu seperti ini,ada lagi yang mempunyai hati yang kotor iaitu suka dengki medengki, tamak,cemburu dan seumpanya..Mengapa,sebab puncanya,diri mereka hanyalah, sentiasa berpegang kepada dunia,sentiasa berpegang mengejar keduniaan,sentiasa takut pada ajal ,takut kepada kegagalan..takut hilang segala-galanya yang dia ada..sebab itu,hati nya mudah kotor,mudah di pengaruhi syaitan dan nafsu untuk melakukan kerja-kerja yang di larang oleh syariat agama islam..nauzubillah..
Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. (Al-Munaafiquun 63:2)
Golongan sekarang mudah di pengaruhi dan kebanyakkannya,, mereka adalah sama dengan seperti di dalam ayat surah al-munafiqun di atas..
Sesungguhnya,segala amalan di atas muka bumi adalah mempunyai balasananya setimpal di dunia mahupon di akhirat.kerana telah nyata di dalam ayat di atas,sesuatu yang buruk di kerjakan oleh manusia,maka balasan akhbar ataopun soghir akan menanti padanya..tinggal lagi cepat mahupon lamabat..tiggal lagi dia seorang ataupon semua yang ada di kawasan itu..Jadi ingatlah saudaara islamku..masih belom terlambat untuk bertaubat,maka taubatlah kamu..selagi nyawa di kandung badan selagi peluang hidup di beri kepada kamu..
Dan apabila dikatakan kepada mereka: " Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu", mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh. (Al-Munaafiquun 63:5) |
Marilah kita bertaubat dengan taubat nasuha,taubat sebenar-benarnya,janganlah kamu berlaku sombong angkuh dengan apa yang kamu ada ,dengan apa yang kamu lakukan..Rasulluah s.a.w telah memohon ampun untuk umatnya,untuk kita,tapi kenapa kita tidak ,kenapa kita tidak lakukan dengan sendiri malah mahu angkuh lagi sombong untuk teruskan perkara yang di larang agama, maka kamu tidak sedarkah pengorbanan Rasulluah s.a.w kepada kita? Ingatlah kita,bahawa,kita ummat nabi Muhammad s.a.w ,..nabi kita yang kita kasihi,rasul kita,..bila mati nanti ,rasul kita akan tolong kita,beri pertolongan kepada kita ketika di akhirat kelak,tapi kenapa kamu semua masih degil,atau buat-buat lupa..adakah kamu semua sudah yakin dengan amalan kamu,adakah kamu sudah yakin dengan kerja2 kamu ,adakah kamu yakin dengan keikhlasan kamu,adakah kamu yakin dengan masa hidup kamu...Fikir,fikir,fikirkanlah wahai manusia..
AYAT-AYAT PENDINGDING: daripada terkena Sihir
1.Ayat Kursi
2.AL-iKHLAS
3.AL-FALAQ
4.AN-NAAS
5.AYAT (1-9 )SURAH YASIN
6.BACA AYAT-AYAT DI BAWAH
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubudengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabiMuhamad RasululLah
Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi jugadilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.
CARA MENCEGAH DARIPADA GANGGUAN JIN/ SYAITAN:
1.Hendaklah sentiasa berada di dalam suci ,bersih daripada hadas.
2.Mengambil wuduk
3.Sentiasa mengamalkan Bacaan Al-Quran.
4. Lakukan solat 5 waktu dan solat sunat dengan ikhlas dan tertib mengikut rukun.
5.Sentiasa mengamalkan zikir kepada Allah dan selawat kepada Rasulluah s.a.w.
6.Mengamalkan solat-solat sunat di waktu malam: seperti
. solat sunat taubat
. solat sunat tasbih
. solat sunat tahajud
. solat sunat witir
. solat sunat hajat
7. Sentiasa melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan
8. Sentiasa berpegang teguh pada Al-Quran ,Hadis dan Ijmak ulma' .
9. Sebelom tido hendaklah berwuduk..
10. Doa dan berzikir kepada Allah.s.w.t