Posted in
Sambungan...
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. (Al-A'raaf 7:34)
2 minggu kemudian..
Suasana sunyi sepi,di kampung,angin bertiup sejuk keheningan ,berterbangan daun-daun pokok menutupi muka bumi..
oii,marilah..( sapa ?)
oii, sinilah ( sapa )
Ahmad dan Usop: Pergi ke tepi pantai sambil ketawa dan bergurau..menuju ke seseorang yang sedang sibuk menolong melebarkan layang-layang di angkasa udara..
begini dik,jika nak men layang-layang ni kenelah pandai mennya,bila sudah nek jangan gulung talinya,nanti putus,maka,biarlah kita lepaskan sedikit tali ato benang ni supaya tidak tegang dan biar die terbang ( sambil senyum ) saipakah dia?)
budak-budak; terima kasih bang..sambil bersalam dan mencium tangan abang yang mengajarinya..
Rupa-rupanya,itulah dia Apis..yang berdiri melihat budak-budak bermen layang-layang..
Tersenyum lebar wajah Apis,Ahmad dan Usop..sambil melihat laut yang tenang..
Apis: Aku suka melihat budak-budak tu men,layang -layang tu seperti kita,bila kita berada di atas sentiasa megah,gembira,kerana dia kita berada di atas,tapi kita akan sentiasa gusar ,takut,bilakah kita akan jatuh kebawah,adakah kita akan jatuh,ato tidak akan jatuh..sapa tahu,..semunya terpulang pada diri kita,orang yang men layang -layang tu umpama iman kita,iman kita yang kawal kita ,sama ada akan sentiasa kat atas ato akan jatuh ke bawah.
Ahmad: em betol ckp hang tu..aku setuju..tapi kenapa layang-layang tu takut ke bawah pula..
Usop; ha ah la,ikut logik juga ek,cuba korang pikir eh,kalo angin tak da,maka akan jatuh juga,layang-layang tu..
Apis,benar ..tapi,layang-layang takut jatuh ke bawah,takut..takut jika lau,tidak akan nek semula,tidak akan nek sampi bila-bila..( sambil tersenyum )
Apis: em,jika ,kubur tu sentiasa bersih nanti,mestilah korang kan rupanya..sentiasa potong rumput,cat putih batu nisan dan
semunyala,mesti ceriakan ,sejuk ja hati ,aku melihat dan duduk kat situ..
Usop:kenapa pula,dah tu kan keje kita,.memangla kene bagi bersih sentiasa..
Ahmad :mestilah bersih,tak kan la,nak wat endah-tak endah ja..
Kemudian,Apis pon mengajak mereka pergi berjalan tepi pantai..
Dalam perjalanan tu,Apis melihat pak samad menarik perahunya nek ke darat,dan Apis terus menolong..
Apis: tak pa pak cik,meh saya tolong..
Pak samad; terima kasih nak..
mereka pon tolak,dan akhirnya berjaya menarik perahu sampai ke darat tidak jaoh dari air..
Pak Samad; terima kasihlah ya,terima kasih banyak,mudah-mudahan Allah melindungi kamu sentiasa.
Apis: tak palah cik,bende kecik ja..( senyum )
Mereka bertiga pon meneruskan lagi ,berjalan di tepi pantai sambil melihat karenah orang-orang di tepi pantai..
Apis; hah,aku baru ingat,aku nak p tolong ayah aku beli kelapa..tak palah,jumpa lagila kawan..esok kat kubur..
Ahmad & Usop : ok,beklah..jumpa nanti..
Apis pon bersegera,pulang ke rumahnya..setibanya di rumah,apis berjumpa ayahnya,dan mengambil duit yang di beri bapanya..
Kemudian ,dia pon pergi ke kedai,..
Di kedai:
Cik Mon ; Hah pis mana hang p,lama tak jumpa
Apis; oo,ada je kat sini cik mon..cik mon,saya nak kelapa parut ,satu..bole
Cik Mon: sat na..'( sambil memotong kelapa )
Apis pon berpusing di rak-rak melihat -lihat,jika ada yang boleh di belinya..
cik Mon: ala terlupa pula nak mek plastik kat kotak dalm stor tu..sat pis..
Apis: tak pa-tak pa,biar saya p mek,kat mana ( sambil melihat cik mon yang sedang parut kelapa)
Cik MON: tengok kat setor depan tu dalam kotak..
Apis:oo,setor sebelah jalan sana ka..ok,sat na..saya p amek ..
Tiba-tiba..
Prakkkk..Bummmmmm!!!Allah ( jeritan suara )
Cik Mon terkejut ,dengan bunyi yang kuat..lalu,caik mon pandang ke arah jalan se arah berhadapan dengan stornya..terkejut...
Astaghfiru.......................( jerit cik mon )
ya Allah ,Apis( jerit cik mon,terus bergegas mendapatkan Apis yang sudah terlantar di atas jalan)
Rupa-rupanya ( Apis di langgar oleh kereta dan terhumban jaoh 30 meter dari tempat kejadian )
Darah berlumuran tersebar ke jalan ..Orang ramai mengurungi kawasan kejadian.
Apis di pangku oleh Pak Yusof,sambil dicuba mengajar Apis untuk ucapkan shahada..tapi kelihatan,apis tidak sedarkan diri,darah terus menerus kuar dari seluruh tubuhnya.Wajahnya kelihatan tersenyum dan air mata kelihatan keluar di mata kanannya
Ahmad dan usop terkejut dengan berita kemalangan itu,lalu terus pergi ke tempat kejadian..
setibanya di sana,mereka terus mendapatkan Apis,sambil berteriak mengeluarkan air mata..Ya Allah,apa dah jadi ni..( jerit Ahmad )
Semua orang yang melihat kat situ,sebak di dada dengan kejadian yang berlaku,ramai yang menangisi apa yang berlaku ke atas Apis..
Apis tidak bergerak satu pon,tapi wajahnya sentiasa ceria,senyum dan tidak kelihatan seperti tidak sakit .
Usop & Ahmad; cuba menyuruh Apis mengucap..
Apis :hanya mampu ngucap dengan perlahan saja..setelah tamat mengucap,..die pon berkata ,ingat kita akan berjumpa mad ,sop esok..kemudian hembusan terakhir di hembuskan oleh Apis..
Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan). (Al-'Ankabuut 29:57)
Surat yang di tulis oleh Apis, di dalam poket seluarnya:
Wahai teman,sesungguhnya,hembusan terakhir aku adalah kerana Allah,
sesungguhnya pemergianku adalah kerana Allah,
sesungguhnya senyuman aku adalah kerana Allah
sesungguhnya tolong aku kepada orang adalah kerana Allah
sesungguhnya sakit aku adalah peringatan dari Allah
sesungguhnya,masa yang ada bersama adalah masa yang dipinjaman kepada aku dari Allah
sesungguhnya,kataku berjumpa di waktu esok adalah kerana kubur itu Tempat ku ,Hamba Allah
sesungguhnya,ketawa dan gurauan ku adalah kerana aku ingin pergi selamanya kepada Allah..
oleh itu,
janganlah kamu tangisi pemergian ku teman
janganlah sedih dan kecewa teman
janganlah kamu kesal atas kesilapan yang telah ko lakukan pada ku teman
janganlah ko mengingati perkara ya aku sudah redhai teman
janganlah kamu berputus asa kerana ketiadaanku teman..
kerana
kamu juga akan bertemu aku di taman syurga nanti
kerana amalanmu ,pekerjaan mulia kamu yang kamu lakukan di dunia teman,
teruskanlah amalan kamu teman,..teruskan,janganlah terhenti di tengah jalan walaupon ketiadaan ku teman..
kerana sesugguhnya,kerana pekerjaan kamu dan keihklasan kamu itulah membawa kita bertemu di syurga nanti.