Follow me on Twitter RSS FEED

TV-ONLINE

ISTERI DERHAKA

Posted in




DI zaman ini ramai pemuda - pemuda kita yang mahu mengimpikan isteri- isteri solehah,itu adalah petanda yang bagus.Termasuklah penulis ini.Walau bagaimanapun,ia sebenarnya kembali kepada diri kita,si pemuda.Bagi mendapat pasangan yang solehah adalah pemuda itu perlu ubah diri dulu menjadi soleh,mempunyai ilmu dan asas yang kuat sebelum memimpin wanita solehah ini.

Seperti yang kita lihat di atas adalah sebuah gambar suami isteri yang mesra dan ini lah tauladan yang baik di tunjukkan kepada kita walaupun ia hanyalah gambar kartun.Kita sebagai muslimin dan muslimat hendaklah berusaha menjadikan rumahtangga kita seperti ini.Mahligai syurga yang penuh dengan didikan islam dan kasih sayang dalam menjalinkan hubungan sebagai suami isteri .

Apa yang nak di ketengahkan di dalam ruangan ini adalah realiti hidup kita dan pengalaman dan hasil pemerhatian saya dalam kehidupan berkeluarga ini pada masa ini.Apa yang kita lihat adalah nikmat yang di beri tidak di syukurinya.Contohnya,salah satu nikmat besar nya adalah Allah telah mengurniakan suami yang soleh kepada si isteri,di mana bahtera mahligai telah di bangunkan dengan segala ilmu dan kasih sayang berlandaskan syariah islam,malah masih ada yang tidak sedari nikmat itu.

seperti di dalam hadis ini:

Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:”Diperlihatkan (Allah) kepadaku akan neraka.. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan-perempuan kafir.” Baginda ditanya oleh seseorang:”Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasulullah, “Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata:”Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit pun!”

Tugas seorang isteri di samping harus taat kepada Allah SWT hendaklah taat kepada suaminya. Sekiranya kedua-dua tugas ia dapat dilaksanakan dengan baik, maka syurgalah baginya. Sabda Rasulullah: "Jika seorang perempuan telah sembahyang lima waktu, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya pasti ia masuk syurga dari berbagai pintu yang dikehendakinya." (Riwayat Ibnu Hibban)


Sebagai perempuan atau wanita yang bergelar isteri, kita mempunyai satu kewajipan yang besar dan penting terhadap suami. Sebelum kewajipan lain dilaksanakan, kewajipan terhadap suami harus didahulukan. Manakala bagi lelaki mereka pula mempunyai kewajipan yang amat besar terhadap ibunya. Sejauh kemampuannya, ia perlu memenuhi setiap kewajipan terhadap ibunya, kerana itu kewajipan yang mesti dilaksanakan.


Rasulullah bersabda: "Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Ta'ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang." (Riwayat Al Bazzar).

Kebanyakan isteri telah lupa atau alfa,dengan tingkah lakunya terhadap suaminya.Mungkin bagi seorang suami terpaksalah mengalah,tetapi sekiranya hati suami terguris walo sedikit sebesar zarah walo pon die tidak menunjukkan dengan memek mukanaya ,tidak berkata dengan lidahnya.Maka azab api nerakalah bagi si isteri ..Berdosa.Ucapan terima kasih perlulah ada di tujukan kepada suami bagi menghargainya ,menyenangkan hatinya,atas pemberiannya yang ikhlas kepada isteri tercinta walopon kecil pemberiannya.Janganlah kamu menidaknya,atau mengabaikan pemberiannya.Kerana pemberiannya adalah satu keilhlasan kasih sayang dia terhadap diri kamu yang di cintainya.

Oleh itu,berterima kasih kepada suami amatlah penting.Ini telah di suruh dari zaman Rasulluah lagi,dan azabnya api neraka bagi isteri yang derhaka,tidak taat pada suami dan tidak berterima kasih kepada suaminya.

Apa yang perlu di buat adalah seorang isteri hendaklah taat pada suami dan jadilah isteri yagn solehah.Mudah saja,untuk masuk syurga bagi seorang isteri adalah ;
1.Taat pada SUAMI ,ikut dan buat apa yang di suruh nya selagi tidak bercanggah ngan syariah agama.
2.Melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya.
3.Menjaga amalannya,tingkahlakunya dan sikapnya.


1 comments:

Kamal Lukut said...

salam..sy seorang suami..sy ad mslah isteri sy lari dari umah sbb isteri sylari sy x th apa punca nya bla sy tnya ape sbb die wt cm mcm2 alasan die bg kisah yg lama dlu die buat sbb..ank2 sy die tingal kt rumah taim sy berkeja nafkah sy bg 2 kali sebulan ape perlu sy buat skrng..sy ad bincang dng die tp die mtk sy lps kn die tp sy syg kn die.hari 2 sy terlepas bedoa pa allah supaya di beri bala pada isteri ape doa sy di makbul?sy terlps sbb isteri sy nk tumbuk sy

Post a Comment