Follow me on Twitter RSS FEED

TV-ONLINE

BALA ALLAH S.W.T...MENUJU KITA?

Posted in
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hampir sekian lama ,blog ini sepi, sepi sunyi..itulah, ungkapan yang di beri..kerana sunyinya, kerana mencari ilmu, kerana sunyinya,disebabkan mendalami ilmu..Alhamdulillah, dengan izin tuhan dan limpah rahmatNya, kita masih berdiri , boleh berkata-kata, boleh berlari, boleh tido, dan segala amalannya harian kita boleh di buat seperti biasa..Ini kerana semua ini adalah dengan izin Allah s.w.t..Alhamdulillah, bersyukur kita kerana kurniaan nikmat yang Illahi kepada diri kita..Selawat salam kepada nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi pemimpin kita ,menjadi guru kita selama - lamanya..

muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah s.w.t..

maaf,kelihatan seperti berceramah,tetapi tajuk khas ini,memang dipilih untuk disampaikan dalam bentuk ceramah...insyaAllah..

tajuk kita hari ini, bukanlah jarang di dengar ataupon bukanlah tidak pernah di dengar..malah kita selalu dengar iaitu, bala Allah s.w.t..kepada umat manusia..apa itu bala?

bala adalah satu hukuman atau satu azab yang di turunkan oleh Allah, kepada sesuatu tempat atau umat manusia yang melakukan dosa-dosa itu dalam bentuk kemusnahan atau penyakit atau sebagainya..

mengapa bala di turunkan?
kerana adanya umat manusia,adanya diantara kita yang melkukan larangan Allah,dan juga meninggalkan suruhan Allah s.w.t..kerana juga,dosa melimpah ruah teramatnya sehingga rosaknya umat manusia..

apakah beza bala dan kiamat..
bala adalah tanda-tanda awal dan juga tanda-tanda akhir kiamat..mengapa di beri sebagai tanda..kerana, bala Allah,adalah satu bentuk hukuman yang diturunkan kepada manusia,yang mana memberi hukuman azab kepada kawasan atau manusia yang telah melanggar laranganNya..maka binasalah,umat yang bersalah..ia di sebut tanda-tanda kiamat..kiamat adalah hari pengakhiran ,di mana semua tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar sudah berlaku terlebih dahulu di bumi kita...sebelom kiamat terjadi,maka bala lah yang akan terjadi dahulu..atas apa yang mereka buat di dunia..

apakah jenis bala Allah s.w.t
jenis-jenis bala Allah s.w.t.. adalah dalam bentuk kemusnahan seperti hujan ribut,taufan,tsunami,gempa bumi,gunung berapi meletus dan memusnahkan bandar,kampung,banjir,tanah runtuh dan sebagainya..
jenis berpenyakit seperti hiv, aids, kusta,virus,influenza ,macam-macam virus yang berbahaya..
jenis nikmat yang ditarik contohnya, tidak hujan untuk beberapa bulan, tasik kering, sungai kering,nikmat kesihatan, nikmat makanan,nikamt cahaya,nikmat malam...dan sebagainya..

muslimin dan muslimat sekalian..
apa yang hendak di sampaikan adalah,jelas dan lebih jelas..kita lihat sekeliling kita..bukan diri kita ,tapi lihat sekeliling negara kita,malaysia...

apa yang dah jadi pada filipina?
apa dah jadi pada indonesia?
apa dah jadi pada kemboja?
apa dah jadi pada vietnam?
apa dah jadi pada thailand?..

butakah kita?
atau memang buat-buat tak nampak,
atau buat-buat tak dengar....
butakah hati kita,
butakah akal fikiran kita..

fikiran kita ni di mana,fikiran kita terletak di mana,mana akal kita,mana minda kita...di mana kebijaksanaan islam kita,?

dulu islam bijaksana,tertinggi,..
tapi kini...mana letaknya level kita,pikir-pikirkanlah..


hari ini,kita lihat,di bandar-bandar besar,habis,teruk,rosak dan sebagainya,sabab apa,..
maaf saya katakan..sekarang kita teruk , mana umat islam yang kita dulu..islam kita sekarang di mana,..nilai islam kita dimana,..agama kita letak pada nombor berapa?
hari ini wang di letak nombor 1 dalam diri kita, bukan islam..bukan Allah,bukan Rasulluah s.a.w..tetapi wang, pangkat..nauzubillah..

lihat sekarang,
sekarang remaja-remaja ,muda mudi kita,mana islamnya,mana tudungnya,mana pakaiannya,mana akhlaknya,mana solatnya,mana qurannya,mana semua tu...habis,hilang,rosak,hancur,goyah.. ...maaf saya katakan,
tengok di bandar-bandar?2x5 jg dengan di kampung-kampung..
apa mereka buat,
sapa depa?
kaum mana?
apa pekerjaan mereka?
inikah kaum islam melayu yang di sanjungi,inikah yang akan dilindungi oleh Allah s.w.t daripada azab seksaNya...inikah kita,inikah kita,..kita kah yang mngharu biru dunia kita ni,...tak yah luar negara,tapi tengok dalam negara kita..malaysia..maaf


dukacita saya katakan,namanya islam..tapi islam pada kad i/c,tapi islam yang 0,
namanya melayu islam,tapi perwatakan tak sama dengan namanya,ciri-ciri ajaran islam tiada?
tak tertunjuk islam...maaf ,dengar macam kasar..tapi itulah realiti kita, maaf..

sebab apa jadi macam ini,sebab depa tak kenal islam,tak kenal agama mereka,....sebab mereka tak mahu pegang kuat-kuat ajaran Allah s.w.t...sebab tiada ilmu,fiqah,tiada ilmu tauhid,tasauf,quran ...yang mereka kenal,wang,waang,wang,pangkat,kekayaan ,hiburan dan sebagainya..maaf ,tapi terpaksa sedarkan..

lupakah kita, negara kita ada laut kiri dan kanan?
lupakah kita negara kita ada gunung,tulang belakang negara malaysia?
lupakah kita,hujan semakin teruk?
lupakah kita,air laut semakin meninggi?
lupakah kita,cuaca semakin panas?
lupakah kita,di kampung,atau di bandar adanya sungai?
lupakah kita tanah kita di rumah ataupun bandar tidak kekal abadi?

apa maksud nya..kenapa tajuk ini dipilih..
sebab anda ,anda tidak mahu berubah,anda melakukan dosa yang akan mengundang bala..tak lama lagi...kita lupa pada Allah,dosa sana sini,wang bertimbun-timbun,pangkat ,miskin terbiar,pergaduhan,macam-macam ...inilah yang akan kita dapat..apa dia,bala..sebab apa,ada kaitan dengan soklan yang di atas
kalo anda semua masih tak percaya,masih lupa,masih alpa..

ni benar,ceq nak habq mai,cerita benar..fakta sains dan BENARNYA AL-QURAN,..
apa kaitan dengan ayat di atas tu,lupakah,lupakah,lupakah...sebab:

tidak mustahil:
1.laut kiri dan kanan naik ke negara kita..jadi apa,jadi tenggelam,hilang tanah malaysia yang kita gah ni..tak percaya,tanyalah ahli kaji bumi..
2.hujan teruk,tak mustahil,hujan berpanjangan sehingga membawa bah teruk..
3.panas ,tak mustahil,hutan-hutan,tak boleh terbakar,bila terbakar akhirnya..hancur lebur,tanaman,hutan,gas-gas beracun merata-rata,kita susah nak bernafas..
4.sungai itu boleh jadi seperti laut,memusnahkan segalanya,jika hujan berlarutan,jika dia naik melimpah,maka banjir besar berlaku,sebab tu dipanggil bah bencana,tak mustahil..
5.tak mustahil tanah-tanah di rumah kita jatuh ke bawah,jerlus,atau pun bergerak kerana gempa bumi,berpecah belah,tak mustahil...
6.tak mustahil gunung di cameron ,genting tu..yang senyap tido lamanya tu,banjaran titiwangsa kita,tak mustahil boleh kuarkan semula larva nya,magmanya yg membuak-buak...tak terpikirkah kita..

bagi yang ahli kaji bumi,depa tau,memang depa tau,
tapi berapa ramai nak percaya benda-benda ni..lebih percaya kan bende-bende karut..
bomoh sana,bomoh sini,..hasad sana ,hasad sini..masih tak sedar,..
berapa ramai kita,habiskan duit bukan untuk agamanya?
berapa ramai orang sekarang jaga solatnya?
berapa ramai orang sekarang ambil riba?
berapa ramai orang kita bersedekah tolong saudara umat islam mereka?
berapa ramai orang kita pergi ke masjid/surau berjemaah?
berapa ramai orang kita pegang al-quran dan fahami al-quran?
berapa ramai orang kita minum air syaitan..ni realiti di kota-kota besar..berapa ramai..
berapa ramai nak dengar ceramah,dok mengaji tok perbaiki diri..tak ramai,jawapannya..

jawapannya tak da..tak ramai..sedih dengan kita sekarang ni..

astaghfiruallah..istighfar banyak-banyak,

maafkan saya kerana ayat-ayat di atas kelihatan kasar,dan tak sepatutnya..tapi,tujuan saya adalah untuk sedarkan diri saya dan umat saudara islam saya..

ingatlah,bahawa,kita di akhir zaman,..
akhir zaman,
akhir zaman,
akhir zaman semua..

ingatlah kita,bahawa satu peristiwa yang kita dengar dalam quran benar iaitu kiamat bila-bila bole tiba,bila-bila bole berlaku..
ingatlah kita,kita ni semakin tua..cukupkah amalan kita,untuk bertemu Allah?
ingatlah kita,kita ada keluarga,ibu ayah,abang ,akak,adik,atuk,nenek..lupakah kita,
lupakah harapan mereka kepada kita,lupakah kasih sayang mereka terhadap kita?

ingatlah ,bala Allah,tidak pernah mengenal erti penat lelah,
ingatlah bala Allah,tidak pernah kenal sapa manusia itu,
ingatlah bala Allah, tidak pernah turun memberitahu kepada umat manusia,
ingatlah,bala Allah,tidak pernah mengenal usia tua atau muda..
ingatlah bala Allah,tidak pernah turun sekecil-kecil zarah,..
ingatlah,bala Allah,tidak pernah memilih sesiapapon..
ingatlah kita,umat islam,melayu islam,orang-orang islam,..
bala Allah,menuju kepada kita sekarang...takutkah kita,sedarkah kita,taubatlah kita semua..

sedih,melihat apa dah jadi dengan kita semua,melayu islam..berpecah belah,masalah sosialnya,akhlaknya,ho haa hoo haa,..hiburannya,minum air syaitannye...apa dah jadi kita ni...
maaf saya katakan,
tapi kesedaran pada islam ,pada agama Allah,tiada dalam hati umat melayu kita sekarang..sedih,...

pikir-pkirkanlah,

negara kita saja belom terima bala yang besar..negara kita..malaysia..
untung kita tiada gempa bumi yang besar,..kalau ada,..70% negara kita akan musnah..terutamanya di bandar-bandar besar,..
sedarlah kita,tolong sedar..
dunia ni sementara,
kaya macam mana sekalipon,kalo bala dah sampai,..bankrup juga kita..tak bernilai..
lupakah kita,sejarah nabi luth,nabi nuh,nabi musa,nabi ibrahim a.s,nabi muhammad s.a.w dengan umatnya..lupakah kita,..

pikir-pikirkanlah,bertaubat,kembali kepada jalan Allah,kembali pada ISLAM,
bertaubatlah,lihatlah jurnal,national geografi ka,sains-sains bumi di tv pada malam -malam,..lihat dan kaji,benar tak sepertti yang tertulis dalam Al-quran,..muhasabah diri,istighfar banyak-banyak..mohon petunjuk dari Allah,mohon hidayah agar kita berubah dan diterima Allah s.w.t..ubahlah diri kita,..

tidak terlambat kita,untuk bertaubat,..ayuhlah kita,kembali kepada Allah.s.w.t...

maafkan saya ,yang buruk itu datang dari saya sendiri,yang baik itu datang dari Allah s.w.t..

JANGAN MUDAH TERTIPU ...

Posted in
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hari ini, saya ingin menyampaikan atau berkongsi sedikit ..pendapat..dan saya harap kamu semua berfikir realitinya...

maafkan saya jika apa yang saya hendak katakan ini,akan menyentuh sedikit hak-hak ke atas sesuatu itu..tapi memang perlu saya katakan sebelom terlambat..

Bismillahirrahmannirrahim...

tajuk yang hendak di bincangkan adalah... jangan mudah tertipu atau terpedaya...

sebenarnya..dalam sedar tak sedar,Malaysia kini sudah menghampiri negara yang hampir maju ..
tetapi hampir juga hampir kepada bahaya kepada rakyat nya...kenapa?

Ingat,khas kepada umat islam..orang melayu..

janganlah kamu leka, dengan keamanan ini..
janganlah kamu sangka, persengketaan tidak boleh berlaku lagi..
janganlah kamu sangka kemewahan ini akan kekal...
janganlah kamu sangka kamu selesa dengan orang yang kamu anggap ia selesa..
janganlah kamu sangka tiada bahaya dalam dunia kita ini..
janganllah kamu gembira dengan apa yang kamu capai..
janganlah kamu lupa, bahawa bukan kamu saja yang berada di negara ini..
janganlah kamu leka...

waspadalah..

setiap langkah kamu,telah di kaji oleh mereka..
setiap gerak geri mu telah di perhatikan mereka..
setiap kekuatan kamu telah di kaji mereka..
setiap kelemahan kamu telah di ingati mereka..
setiap perbuatan kamu telah di ketahui mereka..
setiap pertelingkahan kamu telah di ketawakan mereka..
setiap hubungan bertopeng muka telah di tunjukkan dari mereka

jadi...sedar kah kamu...
sedarkah kamu,di akhir zaman ini...
sedarkah kamu,..hak kamu...
lupakah kamu...
kamu sudah lupakah..
atau kamu telah di lupakan...
kamu mudah lupa...
kamu mudah lupa...
kamu mudah lupa...

jangan sangkakan air yang tenang,tiada buaya...
jangan sangkakan panas dari pagi tidak akan hujan di waktu petang...
jangan sangkakan air yang sejuk itu tidak akan panas semula...
jangan sangkakan,..gunung yang sejuk penuh salji,beku lavanya,itu,tidak akan meletus semula...

ingatlah...

kamu hanya ada ini ssaja..
kamu hanya ada 1 saja kekuatan..

ingatlah..
janganlah kamu berpecah sesama kamu...
janganlah kamu keras hati kerana perkara yang tidak sama...

janganlah di sebabkan perkara ini berlaku,kamu akan punah di hari kemudian..
janganlah kamu menyesal kelak...

ingaatlah..

kekuatan kamu adalah bersatu..
janganlah kamu goyah,
janganlha kamu ceraikan ia...seperti pinggan yang pecah..

sedarlah...
sedarlah...
sedarlah....
rujuk semula Al-quran dan Hadis..
janganlah alfa atau leka...

jika silap langkah,maka..hilanglah kamu...

MENTALITI KITA

Posted in
Assalamualaikum..selamat sejahtera,selamat sihat semuanya..

apa khabar..alhamdulillah,masih umur yang panjang,
alhamdulillah,masih ada kudrat iyanye,diri ini menyebarkan ilmu -ilmu islam..
alhamdulillah,anda semua masih sihat belaka,
alhamdulillah,..kerana nikmat Allah,masih di beri pada kita..

tajuk kita pd hri ini adalah mentaliti kita..terutama,umat islam negara ini.

realiti hidup kita, selalu dengar, selalu terlihat:
1.orang kita tidak yakin dengan diri sendiri..
2.orang kita malu untuk bertanya..
3.orang kita takut untuk mencuba..
4.hasad dengki yang terlalu tinggi..
5.cemburu yang kuat..
6.kurangnya ilmu islam..
7.penting diri sendiri..
8. mudah bertangguhkerja.
9.percaya pada tangkal..
10.banyak bercakap ,tiada isi..
11.suka hantar menghantar,jatuh menjatuhkan sesama sendiri..
12.takut kekalahan
13.jaoh diri dari Allah,
14.Jaoh dri dengan AL-Quran
15.Jaoh diri dgn Solat
16.Suka berpecah-belah
17.Suka memfitnah,mengumpat...mengata..
18.Mengaibkan orang lain
19.Jarang berfikiran jaoh..
20.Tidak mengaku kesalahan diri...

banyak lagi ,tetapi ini,adlah yang famous kita selalu jumpa..ya,memang benar..
cuma kita ni tidak pernah sedar,atopon wat-wat tidak sedar..

mentaliti kita berada ke arah negatif..sedih saya lihat..
mana hilangnya,maruah kita,mana hilangnya kekuatan islam kita..manakah mereka ini..

mentaliti kita sebenarnya di pengaruhi dengan:
1.kedudukan kita
2.pangkat kita
3. harta kita
4.nama kita
5.hawa nafsu kita...

mentaliti kita bukan di pengaruhi dari:
1.Al-Quran dn Hadis
2.solat
3.puasa
4.zakat
5.taat kpd ibu bpa kita..

Berapa ramai orang kita yang masih menjaga orang tuanya..
berapa ramai orang kita taat pd orang tuanya..
Berapa ramai orang kita letak orang tuanya di rmah orang2 tua...
Berapa ramai yang tinggalkan kuarganya.....

inilah mentaliti zaman la ni...

jangan katakan tidak...
tapi katakan ya...

jangan katakan bukan aku
tapi katakan sifat aku..

jangan katakan aku kuat..
tapi katakan kuat ku yang mana satu..

jangan katakan aku gah ...
tapi katakan diam itulah aku..


jangan katakan banyak masa lagi..
tapi katakan bila masa akan ku pergi nanti..

jangan katakan harta aku,tetap harta aku..
tapi katakan harta aku adalah harta Allah ku

jangan katakan bukan salahku
tapi katakan itu kelemahan diri ku

jangan katakan aibnya orang itu..
tapi katakan, aibnya perbuatanku, ya Allah,ya Tuhanku.

jangan katakan esok lusa hari itu hari ku..
tapi katakan hari esok lusa itulah bukan aku yang tahu..

jangan katakan diri ku sempurna segalanya..
tapi katakan la diriku tiada wujud sempurna..


maknanya,

fikirlah..saya akan cuba huraikan maksudnya,jika ada umur lagi..insyaAllah..
fikir-fikirkanlah..umat islam,orang melayu kita..

BERSATU TEGUH DAN TEGUHKAN AGAMAMU.

Posted in
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, dan bersyukur kerananye masih d panjangkan umur kita, dan diri saya ,meneruskan titah taat kita kepada Allah,beribadah kepadanya,seluruh jiwa raga kita.Kerana,jiwa raga kita adalah kepunyaan yang Maha Esa..

Alhamdulillah, kita masih lagi boleh bekerja,sihat sentiasa melakukan segala urusan dunia kita,tetapi kita sering lupa,alpa dengan kebenaran ,halal dan haram,urusan kita itu,.dan lupa pd urusan akhirat kita..

sebenarnya,untuk entry kali ni, penuh berbeza..entry kali ini adalah untuk kita berforum ya.,tajuknya,bersatu teguh dan teguhkan agama mu,.

di sebelah kanan blog ini, anda di beri ruang untuk beri pendapat berkaitan dgn tajuk di atas,iaitu di shoutmix itu,.dan hendaklah tulis nama anda..dan sekiranya mahu bertanyakan sesuatu maka,di bolehkan juga..segala pendapat,atau apa-apa komen,prtanyaan,jawapan kemuskilan,..bole taip di shoutmix chart ..

semoga anda semua,di rahmatiNya..




HEMBUSAN TERAKHIR ke -2

Posted in
video

Sambungan...



A034

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. (Al-A'raaf 7:34)




2 minggu kemudian..

Suasana sunyi sepi,di kampung,angin bertiup sejuk keheningan ,berterbangan daun-daun pokok menutupi muka bumi..

oii,marilah..( sapa ?)
oii, sinilah ( sapa )

Ahmad dan Usop: Pergi ke tepi pantai sambil ketawa dan bergurau..menuju ke seseorang yang sedang sibuk menolong melebarkan layang-layang di angkasa udara..

begini dik,jika nak men layang-layang ni kenelah pandai mennya,bila sudah nek jangan gulung talinya,nanti putus,maka,biarlah kita lepaskan sedikit tali ato benang ni supaya tidak tegang dan biar die terbang ( sambil senyum ) saipakah dia?)

budak-budak; terima kasih bang..sambil bersalam dan mencium tangan abang yang mengajarinya..

Rupa-rupanya,itulah dia Apis..yang berdiri melihat budak-budak bermen layang-layang..

Tersenyum lebar wajah Apis,Ahmad dan Usop..sambil melihat laut yang tenang..

Apis: Aku suka melihat budak-budak tu men,layang -layang tu seperti kita,bila kita berada di atas sentiasa megah,gembira,kerana dia kita berada di atas,tapi kita akan sentiasa gusar ,takut,bilakah kita akan jatuh kebawah,adakah kita akan jatuh,ato tidak akan jatuh..sapa tahu,..semunya terpulang pada diri kita,orang yang men layang -layang tu umpama iman kita,iman kita yang kawal kita ,sama ada akan sentiasa kat atas ato akan jatuh ke bawah.

Ahmad: em betol ckp hang tu..aku setuju..tapi kenapa layang-layang tu takut ke bawah pula..
Usop; ha ah la,ikut logik juga ek,cuba korang pikir eh,kalo angin tak da,maka akan jatuh juga,layang-layang tu..
Apis,benar ..tapi,layang-layang takut jatuh ke bawah,takut..takut jika lau,tidak akan nek semula,tidak akan nek sampi bila-bila..( sambil tersenyum )

Apis: em,jika ,kubur tu sentiasa bersih nanti,mestilah korang kan rupanya..sentiasa potong rumput,cat putih batu nisan dan
semunyala,mesti ceriakan ,sejuk ja hati ,aku melihat dan duduk kat situ..
Usop:kenapa pula,dah tu kan keje kita,.memangla kene bagi bersih sentiasa..
Ahmad :mestilah bersih,tak kan la,nak wat endah-tak endah ja..

Kemudian,Apis pon mengajak mereka pergi berjalan tepi pantai..

Dalam perjalanan tu,Apis melihat pak samad menarik perahunya nek ke darat,dan Apis terus menolong..

Apis: tak pa pak cik,meh saya tolong..
Pak samad; terima kasih nak..

mereka pon tolak,dan akhirnya berjaya menarik perahu sampai ke darat tidak jaoh dari air..

Pak Samad; terima kasihlah ya,terima kasih banyak,mudah-mudahan Allah melindungi kamu sentiasa.

Apis: tak palah cik,bende kecik ja..( senyum )

Mereka bertiga pon meneruskan lagi ,berjalan di tepi pantai sambil melihat karenah orang-orang di tepi pantai..

Apis; hah,aku baru ingat,aku nak p tolong ayah aku beli kelapa..tak palah,jumpa lagila kawan..esok kat kubur..

Ahmad & Usop : ok,beklah..jumpa nanti..

Apis pon bersegera,pulang ke rumahnya..setibanya di rumah,apis berjumpa ayahnya,dan mengambil duit yang di beri bapanya..

Kemudian ,dia pon pergi ke kedai,..

Di kedai:

Cik Mon ; Hah pis mana hang p,lama tak jumpa

Apis; oo,ada je kat sini cik mon..cik mon,saya nak kelapa parut ,satu..bole

Cik Mon: sat na..'( sambil memotong kelapa )

Apis pon berpusing di rak-rak melihat -lihat,jika ada yang boleh di belinya..

cik Mon: ala terlupa pula nak mek plastik kat kotak dalm stor tu..sat pis..

Apis: tak pa-tak pa,biar saya p mek,kat mana ( sambil melihat cik mon yang sedang parut kelapa)

Cik MON: tengok kat setor depan tu dalam kotak..

Apis:oo,setor sebelah jalan sana ka..ok,sat na..saya p amek ..


Tiba-tiba..


Prakkkk..Bummmmmm!!!Allah ( jeritan suara )


Cik Mon terkejut ,dengan bunyi yang kuat..lalu,caik mon pandang ke arah jalan se arah berhadapan dengan stornya..terkejut...

Astaghfiru.......................( jerit cik mon )

ya Allah ,Apis( jerit cik mon,terus bergegas mendapatkan Apis yang sudah terlantar di atas jalan)

Rupa-rupanya ( Apis di langgar oleh kereta dan terhumban jaoh 30 meter dari tempat kejadian )

Darah berlumuran tersebar ke jalan ..Orang ramai mengurungi kawasan kejadian.

Apis di pangku oleh Pak Yusof,sambil dicuba mengajar Apis untuk ucapkan shahada..tapi kelihatan,apis tidak sedarkan diri,darah terus menerus kuar dari seluruh tubuhnya.Wajahnya kelihatan tersenyum dan air mata kelihatan keluar di mata kanannya

Ahmad dan usop terkejut dengan berita kemalangan itu,lalu terus pergi ke tempat kejadian..
setibanya di sana,mereka terus mendapatkan Apis,sambil berteriak mengeluarkan air mata..Ya Allah,apa dah jadi ni..( jerit Ahmad )


Semua orang yang melihat kat situ,sebak di dada dengan kejadian yang berlaku,ramai yang menangisi apa yang berlaku ke atas Apis..

Apis tidak bergerak satu pon,tapi wajahnya sentiasa ceria,senyum dan tidak kelihatan seperti tidak sakit .




Usop & Ahmad; cuba menyuruh Apis mengucap..

Apis :hanya mampu ngucap dengan perlahan saja..setelah tamat mengucap,..die pon berkata ,ingat kita akan berjumpa mad ,sop esok..kemudian hembusan terakhir di hembuskan oleh Apis..




video




A057


Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan). (Al-'Ankabuut 29:57)

Surat yang di tulis oleh Apis, di dalam poket seluarnya:

Wahai teman,sesungguhnya,hembusan terakhir aku adalah kerana Allah,
sesungguhnya pemergianku adalah kerana Allah,
sesungguhnya senyuman aku adalah kerana Allah
sesungguhnya tolong aku kepada orang adalah kerana Allah
sesungguhnya sakit aku adalah peringatan dari Allah
sesungguhnya,masa yang ada bersama adalah masa yang dipinjaman kepada aku dari Allah
sesungguhnya,kataku berjumpa di waktu esok adalah kerana kubur itu Tempat ku ,Hamba Allah
sesungguhnya,ketawa dan gurauan ku adalah kerana aku ingin pergi selamanya kepada Allah..
oleh itu,
janganlah kamu tangisi pemergian ku teman
janganlah sedih dan kecewa teman
janganlah kamu kesal atas kesilapan yang telah ko lakukan pada ku teman
janganlah ko mengingati perkara ya aku sudah redhai teman
janganlah kamu berputus asa kerana ketiadaanku teman..
kerana
kamu juga akan bertemu aku di taman syurga nanti
kerana amalanmu ,pekerjaan mulia kamu yang kamu lakukan di dunia teman,
teruskanlah amalan kamu teman,..teruskan,janganlah terhenti di tengah jalan walaupon ketiadaan ku teman..
kerana sesugguhnya,kerana pekerjaan kamu dan keihklasan kamu itulah membawa kita bertemu di syurga nanti.



HEMBUSAN TERAKHIR

Posted in
Sejuk angin berderu menrbangkan kertas-kertas dan plastik yang bertaburan di tepi pantai Teluk Penghujung. DI atas jeti terdapat :

Ahmad: Assalamualaikum Nur , wat apa termenung jaoh tu?
Nur: Waalaikumussalam..ya ahmad, oh,tiadalah,sja ja aku dok pikir pasai laut ni..ko apa habaq?lama tidak berjumpa..( sambil senyum )
Ahmad : Alhamdulillah,sihat hendaknya..aku bese lah,buzy sangat dok keja je..em,..laut..kenapa dengan laut..ko nak p tangkap ikan ka..haha
Nur : Tak da lah..saja ja lihat laut,tenang hati aku..
Ahmad : Macam ada masalah ja ( muka pelik )
Nur : Tak da lah, aku ok ja..bese2 ja..sihat..hehe( ketawa)
Ahmad : kalo gitu,mai p kedai pak Hasan,minum-minum kopi dulu..haha,nanti tenangla,hati ko tu..haha( ketawa )
Nur ; Bole juga ( senyum )
tamat

Di kawasan kubur,.Usop dan Apis sedang membersihkan kawasan kubur.

Usop: weh ko bawa air tak?aku dahagalah..
Apis: Aih,sabar la sop,tinggal sikit lagi ni,rumput tu sikit ja,p la wat keje,nanti kita p minum la..
Usop: Aku penatlah,tak palah ko la wat keje tu,sikit pon je kan..
Apis: emmm,yela,aku wat..

Apis pon wat kejenye membersihkan rumput-rumput yang berada di atas kubur orang islam..manakala,usop dok berehat sambil mengipas-ngipas dirinya dengan topinya.

Apis : Assalamualaikum ya ahli kubur,saya ingin membersihkan kubur kamu semua..( bisik hatinya )
InsyaAllah,esok lusa aku akan datang ( bisik hatinya )

Usop: weh pis,dah siapkan,mai la sini

Apis tersentak,lalu pandang kepada usop sambil senyum..

selepas selesai keje-keje pembersihan kubur,mereka pon berkemas barang dan pergi ke kedai pak Hasan..
Di sana, mereka pon bertemu dengan Ahmad dan Nur..dan bersalaman kemudian duduk bersama..

Nur : apa habaq korang? korang dari mana?
Usop : kami dari keje tadi,bersihkan kawasan kubur tadi..
Ahmad ; oh yaka,baguslah..keje mulia kamu ni..
Apis: Wak,tolong bagi teh tarik 1,..ko sop nak apa?
Usop: Aku nak teh halia jela..

Pak Hasan..ok,makan tak mau ka..

Usop & Apis : geleng-geleng kepalanya..

pak Hasan pon p ke dapur membuat air..

Ahmad : tadi aku jumpa Nur ni tepi pantai,termenung jaoh..haha,entahlah kenapa dia ni..
Apis : oh yaka,em,kenapa Nur..dok tepi pantai, saja nak rehat-rehat ka..ato nak rilis tension..ek dalam b.i..hehe
Usop: ha,btoi-btoi,dalam b.i tension ,hah tol la lagu tu..haha ( ketawa )
Nur : eh,tak da lah,aku melihat laut tu,pikiaq sikit..apa pasai laut ni tidak berhenti bergerak..macam kita berhenti
gerak..
Usop : ko biaq btoi Nur..kalo jadi cam tu,kiamat tandanya Nur..ko ni waras kok enggak waras..( ketawa )
Nur ; Entahlah..( tunduk pandangannya,melihat air teh o yang di odernya tadi )
Apis : Aku rasa ko macam ada masalah ja..cubalah ce cite kat kami ( senyum )
Nur : aku rasa aku nak p jaohla..
Ahmad : p mana Nur,ko ni pelik-pelik jela..
Nur: aku nak p tinggalkan korangla ( sambil pandang ke arah laut )
Usop: lor,dah kenapa pula budak ni..awat hah,ko ni..p mana,setakat p luaq negeri, bolelah,mana,habaq na,k.l? melaka? london? ( muka pelik )
Nur : aku nak tinggalkan dunia ni..

mereka terkejut,..sambil berkata : Astagfirullah Nur,istighfar banyak-banyak..napa ko ni?mengucap Nur,ngucap..



video



Nur : menitis air matanya..
Ahmad,Usop,dan Apis terkedu melihat air mata keluar dari Nur..terpaku sambil tertanya-tanya,kenapa?

Nur bangun dan bayar airnya kepada Pak Hasan dan pergi sahaja..Mnakala,kawan-kawannya terdiam dan tertanya-tanya..apa yang telah terjadi,kenapa Nur bersikap begitu..

1 bulan kemudian,

Apis pergi ke kubur seperti biasa membersihkan kubur-kubur.Membersihkan kubur-kubur dengan hati yang tenang dan gembira.Apis hanya senyum sahaja smabil membuat kerjanya..

Berita Nur sudah tidak didengari oleh Apis..Mungkin Nur telah pergi ke luar mencari keredhaanNya..( bisik hati Apis)

Selesai sja,kerja,.Apis pon pergi ke kebun menolong Usop dan Ahmad membersihkan kebun..

Apis; eh,tak pa,biaq aku wat ja..meh sini ,biaq aku angkat,ko sapu situ ja..ya..
Ahmad: lo,gitu pula,ok,..watlah..( senyum )
Usop : Mai sini tolong aku, angkat kayu-kayu ni..cepatlah.( muka menjeling )
Apis ; OK-ok,aku datang..mana sop?
Usop: ni angkat p buang sana..
Apis; Boleh-boleh..lagi sop apa lagi..?
Usop; aik nak lagi ?em,tu p tebang pokok yang dah mati tu.
Apis ; ok sop, ( senyum )
Usop ( pelik) sambil menggaru kepalanya,tertanya apis kenapa pula rajin ni.

Selesai potong pokok mati,apis terus jumpa Ahmad,
Apis ; boleh aku tolong,ko ade lagi tak keje?
Ahmad: Em,bole juga,ko leh manjat pokok tu tak,mek buah tu..
Apis hanya menganguk kepalanya dan senyum..dan teringat lagu menanti di...dalam hatinya



video


setelah berada di puncak:
Apis: weh korang,nak yang mana,buah yang mana..
Ahmad : cari yang kuning hijau..

rupanya,buah kelapa

Apis:ok ambil ni sambil senyum, ( lontar buah ke bawa )
Ahmad,: hati-hati licin tu
Apis : tak da papalah,demi korang ,aku wat ni..
Usop ;yola,tu jaga-jaga diri ko tu,pegang kuat-kuat..
Apis : ha bekkla bos...sambil tersenyum..banyak ni aku dapat,nah mek ni,tangkap..hhuhu..
nah mek lagi ,nah mek lagi..tangkap sop,tangkap mad..sambil tersenyum..

PRAKKKKKK!!!!!!Arghhhhhhhhhh!!!
( pelepah yang di pegang tercabut dari pokoknya, Apis ????)

Terjatuh dan terkaku Ahmad dan Usop..melihar darah melimpah kuar dari kepala Apis..
di benak fikiran Apis ,masih terbayang part lagu menanti di barzakh..

jantung berdegup kencang,
menantikan malaikat datang,
menggigil ketakutan dalam pekat di pandangan..

ku meminta di hidupkan semula,
agar dapat ke dunia nyata,..

Ahmad dan Usop pergi cepat mendapatkan Apis ,sambil berlinangan air mata mereka..membasahi pipi..
Ahmad pergi memanggil orang kampung untuk mendapatkan pertolongan..Tetapi,Tetapi
Apis hanya tersenyum terbaring sambil melihat Usop dan Ahmad,terbaring kaku di tepian buah yang bertaburan sebelahnya..Usop cuba mengelap darah yang kuar dari kepala dan dada Apis sambil air matanya kuar membasahi pipi,die merasa menyesal kerana mempergunakan rakannya itu bagi menyelesaikan kerje-kerje nya..

Tapi Apis hanya tersenyum,dan berkata
Jangan risau aku baik-baik saja ( senyum )

Terkulai tangan dan kaki nya,tidak bergerak,yang bergerak hanayalha darah yang membasahi baju dan tanah..

Ambulance sampi,mengangkat Apis terus di bawa ke Hospital Alos Star...

sambung....