Posted in
Salam ,di tujukan kepada para pembaca yang di hormati dan di segani.Tidak di nafikan bahawa zaman millenium ini,zaman yang kita telah kecapi ini bahawa terdapat perlbagai ilmu-ilmu sesat yang tidak sepatutnya ada lagi.Walo pon kita telah mencapai kemajuan yang boleh di banggakan dan hampir ke arah pencapaian wawasan 2020,tetapi dukacitanya,bahawa,masih ada segelintir umat manusia kita yang mengamalkan ilmu-ilmu sesat ini,ilmu hitam ini ataupon nama yang famousnya ilmu sihir.Nauzubillah..
Bahawanya,kita ini ,masih dalam pemikiran yang kolot,masih tidak berkembang ,iaitu masih memegang kepada kepercayaan dan mengamalkannya,itulah dia,ilmu sihir.Ilmu ini lah yang di benci oleh agama kita,di laknat Allah s.w.t.Kerana bercanggah dengan syariah agama islam kita.
Dukacitanya,kebanyakan mereka yang mengamalkan ilmu ini masih tidak sedar akan keburukan ilmu sihir=ilmu hitam.Sebenarnya,secara realiti nya,mereka inilah mempunyai hati yang kotor ,hati yang rosak dan mereka ini masih mengikut hati,nafsu mereka..Menagapa begitu.?PIkirlah sendiri..
Jadi untuk menyebarkan sedikit sebanyak ilmu kepada anda semua mengenai ilmu sihir ini,adalah jenis-jenis nya:
1.sihir pembenci/pemisah (suami isteri)
2.sihir pembenci (bukan suami isteri)
3.sihir jerutan
4.sihir mandul
5.ubat guna-guna/sihir pengasih
6.gangguan fizikal
7.sihir pelalau
8.Pukau
9.Santau
Kesemua ini adalah negatif,bukan positif.Berdamping dengan jin atau memuja jin mahupon syaitan adalah perbuatan syirik .syirik ini boleh membawa kepada syirik akhbar iaitu boleh membawa kepada seseorang itu terkeluar daripada agama islam.
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
(Al-Baqarah 2:34) |
Seperti yang kita lihat ,bukti daripada Ayat Al-Quran di atas ialah,Allah telah mencpta Nabi Adam,manusia atau makhluk yang paling mulia daripada makhluk lain.Dan Allah telah menyuruh kepada makhluk-makhluknya supaya hormat kepada Nabi Adam itu.Tetapi makhluk yang degil tidak mengikut suruhan itu adalah Iblis.Dengan sifat takabbur dan bongkaknya,iblis enggan tunduk hormat kepada manusia makhluk yang paling mulia iaitu Nabi Adam.
Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah 2:39)
Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Al-Israa' 17:15)
bersambung...