Posted in
Bencana
Bencana ke atas rakyat di Pompei,Italy
Tsunami
Bencana kebakaran di Hutan California
Runtuhan akibat Gempa Bumi
Bencana di Haiti
Salam,ingin sedikit berkongsi mengenai azab yang telah di turunkan kepada manusia,di dunia yang telah nyata atas sebab - sebab yang telah mereka melakukan kemungkaran di dunia.
Secara fitrahnya,keburukan dan kemungkaran memanglah satu amalan yang disukai oleh orang yang suka melakukankan.Mereka akan melakukannya,tanpa memikirkan akibatnya.
Akibatnya,mereka menerima balasan yang telah di timpakan kepada mereka,sama ada dalam bentuk bencana kecil mahupon bencana besar.SubhanaAllah.Seperti yang kita lihat ,manusia menjadi batu kerana akibat perletupan supervolkano di Pompei ,Italy.Dan akhirnya,segala isi yang keluar dari letupan gunung itu,telah melanda di bandar yang penuh dengan dosa pada saat itu.
سُوۡرَةُ الاٴنعَام
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan). (Al-An'aam 6:2)
Dan Dia lah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; Ia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan, dan Ia juga mengetahui apa yang kamu usahakan. (Al-An'aam 6:3)
Sesungguhnya mereka telah mendustakan kebenaran (Al-Quran) ketika ia sampai kepada mereka. Oleh itu, akan datanglah kepada mereka berita (yang membuktikan kebenaran) apa yang mereka selalu ejek-ejek itu (iaitu mereka akan ditimpa bala bencana). (Al-An'aam 6:5) |
Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain? (Al-An'aam 6:6) |
Sebenarnya,apa yang perlu kita buat sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini adalah mengambil iktibar dan sentiasa berwaspada dengan perbuatan yang di laknat Allah s.w.t.Hindari lah segala kemungkaran dan mendekati perkara kebaikan dan melakukan segala amalan yang di suruh oleh Allah s.w.t..Seperti ayat 6,di atas,surah al-an'am ,kebanyakkan mereka yang telah di binasakan adalah golongan yang telah di kurniakan oleh Allah ,nikmat kemewahan,kesenangan segala- galanya, Tetapai mereka lupa bahawa,segala kurniaan itu adalah datang dari Allah s.w.t.
Mereka melakukan maksiat, amalan -amalan yang di larang Allah,dan dosa-dosa besar di atas muka buni ini,tanpa segan silu,tanpa malu pada Allah,dengan riak dan takabbur..Oleh itu,Allah binasakan mereka dengan sebab dosa mereka .Itulah Azab Dunia,belum lagi azab di akhirat kelak.Siapa tahu,hanya Allah saja tahu.
Oleh itu,marilah kita bersama-sama,sentiasa sedar dan kembali ke jalan yang di redhaiNya.Marilah kita mendekati Maha Pencipta kita,Marilah kita mengabdikan kepadanNya,Marilah kita wahai hamba-hamba yang lemah lagi kerdil,marilah kita berubah dari melakukan perkara mungkar kepada meninggalkan amalan keji itu,benci amalan mungkar itu,dan melakukan mar maaruf.Marilah kita wahai anak Adam,berpegang semula pada kITAB SUCI AL-QURAN DAN SUNNAH RASULLUAH S.A.W.Marailah kita bertaubat kepadaNya,sebelum kita pergi kembali kepadANya.
Wahai kaum manusia yang alfa,wahai manusia yang bermegah-megahan,wahai manusia yang takabbur,wahai manusia yang riak,wahai manusia yang sayangkan dunia,wahai manusia yang lupa daratan.,ingatlah,ingatlah,ingatlah kamu adalah seorang semut kecil di Planet yang di cipta Allah ini,ingatlah bahawa Dunia ini hanyalah tempat sementara,akhirat lah jua tempat sebenar benar kekal selama-lamanya.
Lihatlah,lihatlah segala bencana yang berlaku di sekeliling kita,buka la mata kamu,bukala dada kamu,bukalah hati kamu,bukalah minda kamu,lihat,lihat dan lihat,Apakah kamu ingin begitu,apakah kamu mahu jadi begitu,apakah kamu mahu menerima semua itu,apakah kamu lupa asal usulmu,apakah kamu mahu pergi tanpa sempat bertaubat kepada Nya,apakah kamu lupa agamamu,kepercayaan kamu,..apakah kamu menjadi bahan api neraka selama-lamanya..Sedarlah ,wahai manusia,ingatlah Tuhan yang Esa,kembalilah kepadaNya,selagi kita tidak di ambil lagi bertemu Nya,.Kembalilah wahai umat manusia .