Follow me on Twitter RSS FEED

TV-ONLINE

MATAHARI

Posted in





سُوۡرَةُ الشّمس
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلشَّمۡسِ وَضُحَٮٰهَا (١) وَٱلۡقَمَرِ إِذَا تَلَٮٰهَا (٢) وَٱلنَّہَارِ إِذَا جَلَّٮٰهَا (٣)
وَٱلَّيۡلِ إِذَا يَغۡشَٮٰهَا (٤) وَٱلسَّمَآءِ وَمَا بَنَٮٰهَا (٥) وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا طَحَٮٰهَا (٦)وَنَفۡسٍ۬ وَمَا سَوَّٮٰهَا (٧) فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَٮٰهَا (٨)
قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا (٩) وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا (١٠) كَذَّبَتۡ ثَمُودُ بِطَغۡوَٮٰهَآ (١١) إِذِ ٱنۢبَعَثَ أَشۡقَٮٰهَا (١٢)
فَقَالَ لَهُمۡ رَسُولُ ٱللَّهِ نَاقَةَ ٱللَّهِ وَسُقۡيَـٰهَا (١٣)فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمۡدَمَ عَلَيۡهِمۡ رَبُّهُم بِذَنۢبِهِمۡ فَسَوَّٮٰهَا (١٤) وَلَا يَخَافُ عُقۡبَـٰهَا (١٥)


Matahari
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang; (1) Dan bulan apabila ia mengiringinya; (2) Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata; (3) Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita), (4)Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh yang melambangkan kekuasaanNya); (5) Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya); (6)Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); (7) Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; (8)Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (9) Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (10) (Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas; (11) Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat), (12) Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)! (13) (Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Dia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya). (14) Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil). / (15)

1 comments:

Dr.Hafiz said...

Salam,apa khabr hari ini,di harap hari ini anda semua sihat..
Hari ini,saya ingin berkongsi ilmu iaitu mengenai kepentingan dalam hidup kita iaitu matahari.Matahari adalah salah satu tanda Kekuasaan Allah S.W.T..Bahawanya,kita sebagai hamba yang lemah ,yang kerdil,tidaklah sempurna,hendaklah akui bahawa diri ini adalah kepunya Ilaahi..Wahai manusia ,ingatlah tiada matahari,tiadalah kamu,tiada matahari,tiadalah tumbuh-tumbuhan,tiadalah matahari tiadalah haiwan,tiada matahari,tiadalah pembangunan..tiada segala galanya.tapi mengapa masih ada manusia yang tidak sedar,tidak sedarkan dirinya,mengapa begitu..kerana mereka telah ditutupi dengan kehidupan duniawi.mata,hati ,segalanya telah mengikut telunjuk musuh kita iaitu,syaitan..ya,musuh ini telah berjaya menyesatkan manusia,menodai manusia supaya alfa,lupa pada Penciptanya..sedarlah manusia,bahawa,kita tidak boleh menggapai matahari mahupon datang ke sana,tetapi kita hanya mampu berdoa supaya,nikmat matahari ini di teruskn,di panjangkan usianya..supaya kita boleh mendapat sinarannya,supaya kita dapat bekalan makanannya dari tumbuhan dan haiwan..berdoa..tetapi janganlah kamu lupa bahawa ,dunia ini,bumi ni usianya,semakin tua,usia matahari juga semakin tua..oleh itu,sedarlah manusia,pulangla ke pangkal jalan.pulangla,selagi matahari itu belum hilang dari pandangan kita,sebelum ia pergi meninggalkan kamu yang tidak bersyukur dengan nikmat yang di berikan..

Post a Comment