Follow me on Twitter RSS FEED

TV-ONLINE

KEGONCANGAN & BENCANA BUMI




سُوۡرَةُ الزّلزَلة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِذَا زُلۡزِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ زِلۡزَالَهَا (١) وَأَخۡرَجَتِ ٱلۡأَرۡضُ أَثۡقَالَهَا (٢) وَقَالَ ٱلۡإِنسَـٰنُ مَا لَهَا (٣)
يَوۡمَٮِٕذٍ۬ تُحَدِّثُ أَخۡبَارَهَا (٤) بِأَنَّ رَبَّكَ أَوۡحَىٰ لَهَا (٥) يَوۡمَٮِٕذٍ۬ يَصۡدُرُ ٱلنَّاسُ أَشۡتَاتً۬ا لِّيُرَوۡاْ أَعۡمَـٰلَهُمۡ (٦)
فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرً۬ا يَرَهُ ۥ (٧) وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ۬ شَرًّ۬ا يَرَهُ ۥ (٨)




Al-Zalzala
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, (1) Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, (2) Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? (3) Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: (4) Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). (5) Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. (6) Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! / (8)


1 comments:

Dr.Hafiz said...

Apabila bumi di gegarkan dengan satu gemparan yang besar,maka semua manusia berasa gerun dan takut,telah di ungkapkan di dalam surah ini,bahawa taqdir telah tertulis bahawa kita umat akhir zaman,dan usia bumi kita semakin lama semakin hampir penghujungnya,,dan telah keluar isinya,dari perut bumi iaitu gunung berapi,gas beracun,segala yang panas..,dan manusia berkata apa telah terjadi,apa harus ku lakukan,ke mana harus di pergi,..mereka keluar dan berkumpul..itulah dia telah di tetapkan,di dalam KiTAB suci Al-Quran..inilah hari pengakhiran yang telah di beritahu oleh Allah,inilah peristiwa yang akan berlaku tidak lama lagi,maka dengan itu,ingatlah kita manusia,selagi kita bernaafas,beramallah sebanyak mungking se ikhlas hati 200 % kerana Allah,supaya,Allah dapat menerima amalan kita,mengmpuni kita,seta meletak kita di golongan para mujahidin mujahidat,golongan alim ulama,para wali,dan Rasul tercinta kita..Nabi Muhammad..
marilah kita perbaiki diri kita,jadilah hamba yang bertaqwa,kerja kita kerana Allah,perbuatan kita kerana Allah,tido kita kerana Allah,solat kita kerana Allah,makan kita kerana Allah,smuanya kerana Allah..janganla leka,janganla alfa,pintu taubat masih terbuka..

Post a Comment