Posted in
Salam, hari ini kita melihat manusia di negara kita mahupon luar negara mempunyai pelbagai karenah yang menghuru harakan hidup mereka.
Contohnya:
Ada orang , orang kaya, tapi hidupnya tak pernah aman. Ada orang, berpangkat ,tetapi tak pernah menghargai pemberian Tuhan, tak pernah mengharagai pekerja-pekerjanya. Ada orang susah tapi hidupnya tenang aman. Ada orang miskin tapi dia tak pernah cuba mencari yang haram sebgai jalan pintas. Ada orang sakit tapi dengan sakit itu dia cuba terus membangun kerana itulah ujian sementara baginya. Ada orang banyak melupakan keluarganya, ibu bapanya dengan sebab kerja diutamanya dalam hidup. Ada orang suka berdengki, ada orang tak senang duduk dengan kebaikan orang lain, ada orang suka hasad pada sama sedara islamnya, ada orang suka berkata tanpa berfikir dahulu baik buruknya, ada orang berkata perkara-perkara yang di larang,Ada orang malu untuk bertanya, ada orang lupa-lupakan asal usulnya, ada orang tak pernah terfikir sakit bila akan terkena padanya, ada orang langsung tak kerjakan amalan wajib yang disuruh agama, Ada orang bole berlakon depan orang lain, tetapi bukan di hadapan Allah, Ada orang mudah sangat lupa, Ada orang mudah sangat percaya dengan orang lain, ada orang semangatnya kuat, ada orang sangat tabah sangat sabar, ada orang tak sabar, ada orang cepat marah, ada orang egoo, ada orang mudah sang melatah, ada orang mudah pasrah, ada orang mudah putus asa,ada orang kesunyian, ada orang bahagia, ada orang tak bahagia, ada orang sedih, ada orang gembira sangat-sangat.,ada orang suka menipu orang dan diri sendiri, ada orang jujur dan ikhlas, ada orang suka senyum, ada orang suka masam muka, ada orang suka mencari ilmu, ada orang benci ilmu, ada orang boleh di tegur, ada orang sukar di tegur, ada orang dengar nasihat dan perkara-perkara benar, ada orang suka dengar fitnah, cerita menipu dan mengumpat, ada orang lupa rezki datang dari Tuhan, ada orang ingat pada Tuhan sentiasa, ada orang memaafkan orang lain, dan ada orang suka meminta maaf, ada orang tak pernah minta maaf, ada orang suka bergaduh pendapat, ada orang mendengar pendapat orang lain, ada orang tidak pernah cuba berlagak kan diri..macam-macam aneka manusia kita..
Cuma penulis mahu mengajak pembaca baca dan renung di dalam Kitab Allah ini, agar kita terus sentisa mendapat nur dan jalan yang benar..
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَمَا ٱخۡتَلَفۡتُمۡ فِيهِ مِن شَىۡءٍ۬ فَحُكۡمُهُ ۥۤ إِلَى ٱللَّهِۚ ذَٲلِكُمُ ٱللَّهُ رَبِّى عَلَيۡهِ تَوَڪَّلۡتُ وَإِلَيۡهِ أُنِيبُ (١٠) فَاطِرُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ جَعَلَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا وَمِنَ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ أَزۡوَٲجً۬اۖ يَذۡرَؤُكُمۡ فِيهِۚ لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَىۡءٌ۬ۖ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ (١١) لَهُ ۥ مَقَالِيدُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ يَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقۡدِرُۚ إِنَّهُ ۥ بِكُلِّ
بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬ (١٢)
10.Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): "Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan)".
11.Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
12.Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱللَّهَ غَـٰفِلاً عَمَّا يَعۡمَلُ ٱلظَّـٰلِمُونَۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمۡ لِيَوۡمٍ۬ تَشۡخَصُ فِيهِ ٱلۡأَبۡصَـٰرُ (٤٢) مُهۡطِعِينَ مُقۡنِعِى رُءُوسِہِمۡ لَا يَرۡتَدُّ إِلَيۡہِمۡ طَرۡفُهُمۡۖ وَأَفۡـِٔدَتُہُمۡ هَوَآءٌ۬ (٤٣) وَأَنذِرِ ٱلنَّاسَ يَوۡمَ يَأۡتِيہِمُ ٱلۡعَذَابُ فَيَقُولُ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ رَبَّنَآ أَخِّرۡنَآ إِلَىٰٓ أَجَلٍ۬ قَرِيبٍ۬ نُّجِبۡ دَعۡوَتَكَ وَنَتَّبِعِ ٱلرُّسُلَۗ أَوَلَمۡ تَڪُونُوٓاْ أَقۡسَمۡتُم مِّن قَبۡلُ مَا لَڪُم مِّن زَوَالٍ۬ (٤٤) وَسَكَنتُمۡ فِى مَسَـٰڪِنِ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاْ أَنفُسَهُمۡ وَتَبَيَّنَ لَڪُمۡ كَيۡفَ فَعَلۡنَا بِهِمۡ وَضَرَبۡنَا
(45) لَكُمُ ٱلۡأَمۡثَالَ
42.Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).
43.(Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).
44.Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?
45."Padahal kamu telah mendiami tempat-tempat tinggal orang-orang yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri, serta telah ternyata kepada kamu dengan bukti-buKti yang jelas bagaimana Kami telah mengubah keadaan mereka (dengan menimpakan mereka berbagai bencana), dan Kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai contoh perbandingan (di dalam Al-Quran dan melalui sabda Rasul)".
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
فَأَمَّا ٱلۡإِنسَـٰنُ إِذَا مَا ٱبۡتَلَٮٰهُ رَبُّهُ ۥ فَأَكۡرَمَهُ ۥ وَنَعَّمَهُ ۥ فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَكۡرَمَنِ (١٥) وَأَمَّآ إِذَا مَا ٱبۡتَلَٮٰهُ فَقَدَرَ عَلَيۡهِ رِزۡقَهُ ۥ فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَهَـٰنَنِ (١٦) كَلَّاۖ بَل لَّا تُكۡرِمُونَ ٱلۡيَتِيمَ (١٧) وَلَا تَحَـٰٓضُّونَ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ (١٨) وَتَأۡڪُلُونَ ٱلتُّرَاثَ أَڪۡلاً۬ لَّمًّ۬ا (١٩) وَتُحِبُّونَ ٱلۡمَالَ حُبًّ۬ا جَمًّ۬ا (٢٠)
15.(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!"
16.Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"
17.Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);
18.Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;
19.Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),
20.Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!
سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَيۡلٌ۬ لِّڪُلِّ هُمَزَةٍ۬ لُّمَزَةٍ (١) ٱلَّذِى جَمَعَ مَالاً۬ وَعَدَّدَهُ ۥ (٢) يَحۡسَبُ أَنَّ مَالَهُ ۥۤ أَخۡلَدَهُ ۥ (٣) كَلَّاۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِى ٱلۡحُطَمَةِ (٤) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا ٱلۡحُطَمَةُ (٥) نَارُ ٱللَّهِ ٱلۡمُوقَدَةُ (٦) ٱلَّتِى تَطَّلِعُ عَلَى ٱلۡأَفۡـِٔدَةِ (٧) إِنَّہَا عَلَيۡہِم مُّؤۡصَدَةٌ۬ (٨) فِى عَمَدٍ۬ مُّمَدَّدَةِۭ (9 ) ٩)
1.Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
2.Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
3.Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!
4.Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".
5.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?
6.(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -
7.Yang naik menjulang ke hati;
8.Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.
9.(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.
سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ (٢) إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلۡأَبۡتَرُ (٣
2.Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
3.Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).