Follow me on Twitter RSS FEED

TV-ONLINE

PANDUAN KITA, KEMBALI KITA PADA JALAN YANG DI SURUH.

Posted in
Salam, hari ini kita melihat manusia di negara kita mahupon luar negara mempunyai pelbagai karenah yang menghuru harakan hidup mereka. Contohnya: Ada orang , orang kaya, tapi hidupnya tak pernah aman. Ada orang, berpangkat ,tetapi tak pernah menghargai pemberian Tuhan, tak pernah mengharagai pekerja-pekerjanya. Ada orang susah tapi hidupnya tenang aman. Ada orang miskin tapi dia tak pernah cuba mencari yang haram sebgai jalan pintas. Ada orang sakit tapi dengan sakit itu dia cuba terus membangun kerana itulah ujian sementara baginya. Ada orang banyak melupakan keluarganya, ibu bapanya dengan sebab kerja diutamanya dalam hidup. Ada orang suka berdengki, ada orang tak senang duduk dengan kebaikan orang lain, ada orang suka hasad pada sama sedara islamnya, ada orang suka berkata tanpa berfikir dahulu baik buruknya, ada orang berkata perkara-perkara yang di larang,Ada orang malu untuk bertanya, ada orang lupa-lupakan asal usulnya, ada orang tak pernah terfikir sakit bila akan terkena padanya, ada orang langsung tak kerjakan amalan wajib yang disuruh agama, Ada orang bole berlakon depan orang lain, tetapi bukan di hadapan Allah, Ada orang mudah sangat lupa, Ada orang mudah sangat percaya dengan orang lain, ada orang semangatnya kuat, ada orang sangat tabah sangat sabar, ada orang tak sabar, ada orang cepat marah, ada orang egoo, ada orang mudah sang melatah, ada orang mudah pasrah, ada orang mudah putus asa,ada orang kesunyian, ada orang bahagia, ada orang tak bahagia, ada orang sedih, ada orang gembira sangat-sangat.,ada orang suka menipu orang dan diri sendiri, ada orang jujur dan ikhlas, ada orang suka senyum, ada orang suka masam muka, ada orang suka mencari ilmu, ada orang benci ilmu, ada orang boleh di tegur, ada orang sukar di tegur, ada orang dengar nasihat dan perkara-perkara benar, ada orang suka dengar fitnah, cerita menipu dan mengumpat, ada orang lupa rezki datang dari Tuhan, ada orang ingat pada Tuhan sentiasa, ada orang memaafkan orang lain, dan ada orang suka meminta maaf, ada orang tak pernah minta maaf, ada orang suka bergaduh pendapat, ada orang mendengar pendapat orang lain, ada orang tidak pernah cuba berlagak kan diri..macam-macam aneka manusia kita.. Cuma penulis mahu mengajak pembaca baca dan renung di dalam Kitab Allah ini, agar kita terus sentisa mendapat nur dan jalan yang benar.. بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ وَمَا ٱخۡتَلَفۡتُمۡ فِيهِ مِن شَىۡءٍ۬ فَحُكۡمُهُ ۥۤ إِلَى ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكُمُ ٱللَّهُ رَبِّى عَلَيۡهِ تَوَڪَّلۡتُ وَإِلَيۡهِ أُنِيبُ (١٠) فَاطِرُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ جَعَلَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا وَمِنَ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ أَزۡوَٲجً۬ا‌ۖ يَذۡرَؤُكُمۡ فِيهِ‌ۚ لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَىۡءٌ۬‌ۖ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ (١١) لَهُ ۥ مَقَالِيدُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۖ يَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن يَشَآءُ وَيَقۡدِرُ‌ۚ إِنَّهُ ۥ بِكُلِّ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬ (١٢) 10.Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): "Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan)". 11.Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. 12.Dia lah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Ia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱللَّهَ غَـٰفِلاً عَمَّا يَعۡمَلُ ٱلظَّـٰلِمُونَ‌ۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمۡ لِيَوۡمٍ۬ تَشۡخَصُ فِيهِ ٱلۡأَبۡصَـٰرُ (٤٢) مُهۡطِعِينَ مُقۡنِعِى رُءُوسِہِمۡ لَا يَرۡتَدُّ إِلَيۡہِمۡ طَرۡفُهُمۡ‌ۖ وَأَفۡـِٔدَتُہُمۡ هَوَآءٌ۬ (٤٣) وَأَنذِرِ ٱلنَّاسَ يَوۡمَ يَأۡتِيہِمُ ٱلۡعَذَابُ فَيَقُولُ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ رَبَّنَآ أَخِّرۡنَآ إِلَىٰٓ أَجَلٍ۬ قَرِيبٍ۬ نُّجِبۡ دَعۡوَتَكَ وَنَتَّبِعِ ٱلرُّسُلَ‌ۗ أَوَلَمۡ تَڪُونُوٓاْ أَقۡسَمۡتُم مِّن قَبۡلُ مَا لَڪُم مِّن زَوَالٍ۬ (٤٤) وَسَكَنتُمۡ فِى مَسَـٰڪِنِ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاْ أَنفُسَهُمۡ وَتَبَيَّنَ لَڪُمۡ كَيۡفَ فَعَلۡنَا بِهِمۡ وَضَرَبۡنَا (45) لَكُمُ ٱلۡأَمۡثَالَ 42.Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku). 43.(Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas). 44.Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan? 45."Padahal kamu telah mendiami tempat-tempat tinggal orang-orang yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri, serta telah ternyata kepada kamu dengan bukti-buKti yang jelas bagaimana Kami telah mengubah keadaan mereka (dengan menimpakan mereka berbagai bencana), dan Kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai contoh perbandingan (di dalam Al-Quran dan melalui sabda Rasul)". بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ فَأَمَّا ٱلۡإِنسَـٰنُ إِذَا مَا ٱبۡتَلَٮٰهُ رَبُّهُ ۥ فَأَكۡرَمَهُ ۥ وَنَعَّمَهُ ۥ فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَكۡرَمَنِ (١٥) وَأَمَّآ إِذَا مَا ٱبۡتَلَٮٰهُ فَقَدَرَ عَلَيۡهِ رِزۡقَهُ ۥ فَيَقُولُ رَبِّىٓ أَهَـٰنَنِ (١٦) كَلَّا‌ۖ بَل لَّا تُكۡرِمُونَ ٱلۡيَتِيمَ (١٧) وَلَا تَحَـٰٓضُّونَ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلۡمِسۡكِينِ (١٨) وَتَأۡڪُلُونَ ٱلتُّرَاثَ أَڪۡلاً۬ لَّمًّ۬ا (١٩) وَتُحِبُّونَ ٱلۡمَالَ حُبًّ۬ا جَمًّ۬ا (٢٠) 15.(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!" 16.Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!" 17.Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya); 18.Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin; 19.Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya), 20.Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba! سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ وَيۡلٌ۬ لِّڪُلِّ هُمَزَةٍ۬ لُّمَزَةٍ (١) ٱلَّذِى جَمَعَ مَالاً۬ وَعَدَّدَهُ ۥ (٢) يَحۡسَبُ أَنَّ مَالَهُ ۥۤ أَخۡلَدَهُ ۥ (٣) كَلَّا‌ۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِى ٱلۡحُطَمَةِ (٤) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا ٱلۡحُطَمَةُ (٥) نَارُ ٱللَّهِ ٱلۡمُوقَدَةُ (٦) ٱلَّتِى تَطَّلِعُ عَلَى ٱلۡأَفۡـِٔدَةِ (٧) إِنَّہَا عَلَيۡہِم مُّؤۡصَدَةٌ۬ (٨) فِى عَمَدٍ۬ مُّمَدَّدَةِۭ (9 ) ٩) 1.Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, 2.Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya; 3.Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)! 4.Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah". 5.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu? 6.(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), - 7.Yang naik menjulang ke hati; 8.Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka. 9.(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang. سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ (٢) إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلۡأَبۡتَرُ (٣ 2.Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). 3.Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

BUMI KITA , TANAH AIR KITA MALAYSIA

Posted in
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sudah lama tidak menulis coretan di laman ini, kerana masa dan keadaan tidak dapat mengizinkan. Maaf kan penulis dari pihak pembaca, menyepi lama, maafkan penulis tidak memberi info baru dan cerita-ceriata tauladan..tapi hari ini insyaAllah dan masa-masa akan datang, penulis akan cuba sentiasa berkongsi maklumat baru..walaupon sibuk . InyaAllah, penulis akan berkongsi cerita mengenai negara kita, kalo sebelom ini bercerita mengenai BALA SEDANG MENUJU KITA, yang ini nak menenjukkan kebenaran bala itu ada dan boleh lihat nanti.. ok , sudah semestinya, semua orang tahu gambar ini, dan mesti suka padanya. apa kaitan dengan negara pula, dan apa kaitan dengan bala Allah. ok, beruang panda..panda gemuk yang comel dan cantik, itulah dia sebek-bek haiwan yang di ciptakan Allah dan mempunyai kelebihan tersendiri. Semua orang mesti minat, kerana dia cantik, dia lucu, dia bijak dan sebagainya. Namun kita sendiri tahu, populasi beruang panda juga semakin berkurangan di dunia ini, hal ini kerana manusia yang tamak sentiasa mencari keuntungan, mencari kekayaan, mencari kesenagan tanpa mengira makhluk lain yang juga perlu kehidupan di muka bumi ini..ok, tengok di bawah pula. apa kah dia? of coz kan, semua tahu apa benda yang menghijau cantik , terbentang luas..apa kaitan dengan negara kita, dan apa kaitan dengan bala Allah..tunggu sebentar, rahsia ini bakal di bongkar jika anda semua masih bersabar dan berfikiran terbuka. Padi, sawah padi indah terbentang luas yang sentiasa memberi faedah kepada manusia dan haiwan. Terletaknya ia di sebelah utara dan barat Malaysia, juga di sebelah pantai Timur negara Malaysia kita. Mempunyai sistem saliran yang baik, pembajaan yang baik, dan penjagaan para petani yang bersungguh-sungguh , serta ikhlas bagi mendapat hasil yang di berkati ALLAH S.W.T..Juga, menjadi makanan yang paling penting bagi negara kita, makanan utam untuk hasilkan beras dan kemudiannya nasi. Terim kasih kepada para petani-petani ini di seluruh malaysia, yang bersusah paya menjaga dan mendapatkan hasil yang baik untuk kita dan negara kita..syukran..tapi kenapa pula padi kaitan dengan bala Allah..tunggu dan lihat seterusnya.. ok, inilah peta asia tenggara kita, dan juga peta Malaysia kita. Tersergam indah , bangga menabik dada, nama Malaysia gah di persada dunia. Terkenal tanpa mengira aspek di dunia ini, ada aja, suara-suara yang sentiasa menyebut nama negara kita..Malaysia,Malaysia, Malaysia.. Beklah,lihat negara yang kita bangga ini terletak di antara indonesia iaitu sumatera..mempunyai selat Melaka, yang memisahkan kedua negara ini. seterusnya laut china selatan yang memisahakan kepulauan borneo dan juga semenanjung Malaysia. OK, seterusnya Sabah, Sarawak, Brunei berpisah dengan Filipina di sebabkan laut china selatan..Alahamdulillah, mungkin semua orang tahu , kenapa lah penulis cerita satu-satu,..sedangkan pembaca semua dah tahu lama dah..dah belajar lama dah, dari sekolah-sekolah dulu dah, geografilah, kajian tempatanlah..dan sebgainya.. bukak gogle map pon ade..ek elehhh, wat pa citer pasal peta malaysia kan..mesti semua orang berkata-kata macam ni dalam hati mereka..sabar, tenang, memang anda semua dah bijak , dah tahu, tapi cubalah lihat betol-betol peta di atas tu dan di bawah.. Lihatlah, dan fikirlah dengan hati bukan dengan logik atau nafsu semata-mata,..Gambar di atas menunjukkan nombor 1,2,3,4 dan gambar di ini pula mennjukkan bulatan besar dan garis merah panjang..Lihat kawasan yang ada garis merah kawasan yang ada minyak, dan sedang di proses bawa keluar,..tanyalah shell ataupon syarikat minyak len..apa makna anak panah pula..nilah rahsia yang kita perlu tahu dan fikir, memang benarlah kita ini umat akhir zaman, yang menunggu kiamat, bila-bila masa saja.. cuma penulis tidak mahu cerita apa makna semua gambar tu, tapi penulis mahu pembaca semua fikir-fikirkanlah sendiri, dan segeralah bertaubat dan memohon maaf dan watlah amalan sebanyak mungkin..Panda dan padi tadi adalah menunjukkan satu makhluk Allah yang tahu apa mereka buat dan akan tahu apa yang Allah akan buat pada BumiNya. kalo anda semua lihat panda tersenyum comel, gelak ketawa kerana masih dapat hidup aman ,dijaga dengan rapi oleh jabatan perhutanan dan haiwan, manakala padi masih terbentang luas dan mengeluarkan hasil unutk manusia, sayangnya padi pada manusia..tapi manusia tak sayang mereka ini, melupakan mereka, tak hargai mereka..sapa mereka? padi ,haiwan2, sawit makhluk kecil dan besar dan sebagainya yang hidup di muka Bumi ini..Manusia pikirkan diri nya saja..tak fikir ke amanan makhluk lain..Ingat, Allah sudah berfirman benar di dalam Alquran iaitu, bala dan kerosakan di muka bumi adalah di sebabkan tangan-tangan mereka..jadi apa pula garis merah dan nombor tu, apa pula dengan minyak yang di keluarkan oleh syarikat minyak..kenapa pula dengan arah anak panah tu.. ok, satu je penulis beri petunjuk dan anda semua fikirlah...yang garis bulatan besar itu, adalah garis lingkaran lava atau gunung berapi, dan nombor 1,2,3,4 pula..haaah,..dan garis merah kcil pula yang hampir dengan sabah sarawak dan johor tu..haaaaah..cubalah kaitkan dengan anak panah tu..anggap anak panah tu satu benda besar sangat besar sedang datang mengikut arah dan berkait dengan garis merah kecil tu.. Fikir-fikirkanlah..mahu tahu lebih lanjut,tanyalah pakar sains dan quran..moga anda faham apa sebenarnya tersirat di dalam gambar tu.. syukran.

BALA ALLAH S.W.T...MENUJU KITA?

Posted in
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hampir sekian lama ,blog ini sepi, sepi sunyi..itulah, ungkapan yang di beri..kerana sunyinya, kerana mencari ilmu, kerana sunyinya,disebabkan mendalami ilmu..Alhamdulillah, dengan izin tuhan dan limpah rahmatNya, kita masih berdiri , boleh berkata-kata, boleh berlari, boleh tido, dan segala amalannya harian kita boleh di buat seperti biasa..Ini kerana semua ini adalah dengan izin Allah s.w.t..Alhamdulillah, bersyukur kita kerana kurniaan nikmat yang Illahi kepada diri kita..Selawat salam kepada nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi pemimpin kita ,menjadi guru kita selama - lamanya..

muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah s.w.t..

maaf,kelihatan seperti berceramah,tetapi tajuk khas ini,memang dipilih untuk disampaikan dalam bentuk ceramah...insyaAllah..

tajuk kita hari ini, bukanlah jarang di dengar ataupon bukanlah tidak pernah di dengar..malah kita selalu dengar iaitu, bala Allah s.w.t..kepada umat manusia..apa itu bala?

bala adalah satu hukuman atau satu azab yang di turunkan oleh Allah, kepada sesuatu tempat atau umat manusia yang melakukan dosa-dosa itu dalam bentuk kemusnahan atau penyakit atau sebagainya..

mengapa bala di turunkan?
kerana adanya umat manusia,adanya diantara kita yang melkukan larangan Allah,dan juga meninggalkan suruhan Allah s.w.t..kerana juga,dosa melimpah ruah teramatnya sehingga rosaknya umat manusia..

apakah beza bala dan kiamat..
bala adalah tanda-tanda awal dan juga tanda-tanda akhir kiamat..mengapa di beri sebagai tanda..kerana, bala Allah,adalah satu bentuk hukuman yang diturunkan kepada manusia,yang mana memberi hukuman azab kepada kawasan atau manusia yang telah melanggar laranganNya..maka binasalah,umat yang bersalah..ia di sebut tanda-tanda kiamat..kiamat adalah hari pengakhiran ,di mana semua tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar sudah berlaku terlebih dahulu di bumi kita...sebelom kiamat terjadi,maka bala lah yang akan terjadi dahulu..atas apa yang mereka buat di dunia..

apakah jenis bala Allah s.w.t
jenis-jenis bala Allah s.w.t.. adalah dalam bentuk kemusnahan seperti hujan ribut,taufan,tsunami,gempa bumi,gunung berapi meletus dan memusnahkan bandar,kampung,banjir,tanah runtuh dan sebagainya..
jenis berpenyakit seperti hiv, aids, kusta,virus,influenza ,macam-macam virus yang berbahaya..
jenis nikmat yang ditarik contohnya, tidak hujan untuk beberapa bulan, tasik kering, sungai kering,nikmat kesihatan, nikmat makanan,nikamt cahaya,nikmat malam...dan sebagainya..

muslimin dan muslimat sekalian..
apa yang hendak di sampaikan adalah,jelas dan lebih jelas..kita lihat sekeliling kita..bukan diri kita ,tapi lihat sekeliling negara kita,malaysia...

apa yang dah jadi pada filipina?
apa dah jadi pada indonesia?
apa dah jadi pada kemboja?
apa dah jadi pada vietnam?
apa dah jadi pada thailand?..

butakah kita?
atau memang buat-buat tak nampak,
atau buat-buat tak dengar....
butakah hati kita,
butakah akal fikiran kita..

fikiran kita ni di mana,fikiran kita terletak di mana,mana akal kita,mana minda kita...di mana kebijaksanaan islam kita,?

dulu islam bijaksana,tertinggi,..
tapi kini...mana letaknya level kita,pikir-pikirkanlah..


hari ini,kita lihat,di bandar-bandar besar,habis,teruk,rosak dan sebagainya,sabab apa,..
maaf saya katakan..sekarang kita teruk , mana umat islam yang kita dulu..islam kita sekarang di mana,..nilai islam kita dimana,..agama kita letak pada nombor berapa?
hari ini wang di letak nombor 1 dalam diri kita, bukan islam..bukan Allah,bukan Rasulluah s.a.w..tetapi wang, pangkat..nauzubillah..

lihat sekarang,
sekarang remaja-remaja ,muda mudi kita,mana islamnya,mana tudungnya,mana pakaiannya,mana akhlaknya,mana solatnya,mana qurannya,mana semua tu...habis,hilang,rosak,hancur,goyah.. ...maaf saya katakan,
tengok di bandar-bandar?2x5 jg dengan di kampung-kampung..
apa mereka buat,
sapa depa?
kaum mana?
apa pekerjaan mereka?
inikah kaum islam melayu yang di sanjungi,inikah yang akan dilindungi oleh Allah s.w.t daripada azab seksaNya...inikah kita,inikah kita,..kita kah yang mngharu biru dunia kita ni,...tak yah luar negara,tapi tengok dalam negara kita..malaysia..maaf


dukacita saya katakan,namanya islam..tapi islam pada kad i/c,tapi islam yang 0,
namanya melayu islam,tapi perwatakan tak sama dengan namanya,ciri-ciri ajaran islam tiada?
tak tertunjuk islam...maaf ,dengar macam kasar..tapi itulah realiti kita, maaf..

sebab apa jadi macam ini,sebab depa tak kenal islam,tak kenal agama mereka,....sebab mereka tak mahu pegang kuat-kuat ajaran Allah s.w.t...sebab tiada ilmu,fiqah,tiada ilmu tauhid,tasauf,quran ...yang mereka kenal,wang,waang,wang,pangkat,kekayaan ,hiburan dan sebagainya..maaf ,tapi terpaksa sedarkan..

lupakah kita, negara kita ada laut kiri dan kanan?
lupakah kita negara kita ada gunung,tulang belakang negara malaysia?
lupakah kita,hujan semakin teruk?
lupakah kita,air laut semakin meninggi?
lupakah kita,cuaca semakin panas?
lupakah kita,di kampung,atau di bandar adanya sungai?
lupakah kita tanah kita di rumah ataupun bandar tidak kekal abadi?

apa maksud nya..kenapa tajuk ini dipilih..
sebab anda ,anda tidak mahu berubah,anda melakukan dosa yang akan mengundang bala..tak lama lagi...kita lupa pada Allah,dosa sana sini,wang bertimbun-timbun,pangkat ,miskin terbiar,pergaduhan,macam-macam ...inilah yang akan kita dapat..apa dia,bala..sebab apa,ada kaitan dengan soklan yang di atas
kalo anda semua masih tak percaya,masih lupa,masih alpa..

ni benar,ceq nak habq mai,cerita benar..fakta sains dan BENARNYA AL-QURAN,..
apa kaitan dengan ayat di atas tu,lupakah,lupakah,lupakah...sebab:

tidak mustahil:
1.laut kiri dan kanan naik ke negara kita..jadi apa,jadi tenggelam,hilang tanah malaysia yang kita gah ni..tak percaya,tanyalah ahli kaji bumi..
2.hujan teruk,tak mustahil,hujan berpanjangan sehingga membawa bah teruk..
3.panas ,tak mustahil,hutan-hutan,tak boleh terbakar,bila terbakar akhirnya..hancur lebur,tanaman,hutan,gas-gas beracun merata-rata,kita susah nak bernafas..
4.sungai itu boleh jadi seperti laut,memusnahkan segalanya,jika hujan berlarutan,jika dia naik melimpah,maka banjir besar berlaku,sebab tu dipanggil bah bencana,tak mustahil..
5.tak mustahil tanah-tanah di rumah kita jatuh ke bawah,jerlus,atau pun bergerak kerana gempa bumi,berpecah belah,tak mustahil...
6.tak mustahil gunung di cameron ,genting tu..yang senyap tido lamanya tu,banjaran titiwangsa kita,tak mustahil boleh kuarkan semula larva nya,magmanya yg membuak-buak...tak terpikirkah kita..

bagi yang ahli kaji bumi,depa tau,memang depa tau,
tapi berapa ramai nak percaya benda-benda ni..lebih percaya kan bende-bende karut..
bomoh sana,bomoh sini,..hasad sana ,hasad sini..masih tak sedar,..
berapa ramai kita,habiskan duit bukan untuk agamanya?
berapa ramai orang sekarang jaga solatnya?
berapa ramai orang sekarang ambil riba?
berapa ramai orang kita bersedekah tolong saudara umat islam mereka?
berapa ramai orang kita pergi ke masjid/surau berjemaah?
berapa ramai orang kita pegang al-quran dan fahami al-quran?
berapa ramai orang kita minum air syaitan..ni realiti di kota-kota besar..berapa ramai..
berapa ramai nak dengar ceramah,dok mengaji tok perbaiki diri..tak ramai,jawapannya..

jawapannya tak da..tak ramai..sedih dengan kita sekarang ni..

astaghfiruallah..istighfar banyak-banyak,

maafkan saya kerana ayat-ayat di atas kelihatan kasar,dan tak sepatutnya..tapi,tujuan saya adalah untuk sedarkan diri saya dan umat saudara islam saya..

ingatlah,bahawa,kita di akhir zaman,..
akhir zaman,
akhir zaman,
akhir zaman semua..

ingatlah kita,bahawa satu peristiwa yang kita dengar dalam quran benar iaitu kiamat bila-bila bole tiba,bila-bila bole berlaku..
ingatlah kita,kita ni semakin tua..cukupkah amalan kita,untuk bertemu Allah?
ingatlah kita,kita ada keluarga,ibu ayah,abang ,akak,adik,atuk,nenek..lupakah kita,
lupakah harapan mereka kepada kita,lupakah kasih sayang mereka terhadap kita?

ingatlah ,bala Allah,tidak pernah mengenal erti penat lelah,
ingatlah bala Allah,tidak pernah kenal sapa manusia itu,
ingatlah bala Allah, tidak pernah turun memberitahu kepada umat manusia,
ingatlah,bala Allah,tidak pernah mengenal usia tua atau muda..
ingatlah bala Allah,tidak pernah turun sekecil-kecil zarah,..
ingatlah,bala Allah,tidak pernah memilih sesiapapon..
ingatlah kita,umat islam,melayu islam,orang-orang islam,..
bala Allah,menuju kepada kita sekarang...takutkah kita,sedarkah kita,taubatlah kita semua..

sedih,melihat apa dah jadi dengan kita semua,melayu islam..berpecah belah,masalah sosialnya,akhlaknya,ho haa hoo haa,..hiburannya,minum air syaitannye...apa dah jadi kita ni...
maaf saya katakan,
tapi kesedaran pada islam ,pada agama Allah,tiada dalam hati umat melayu kita sekarang..sedih,...

pikir-pkirkanlah,

negara kita saja belom terima bala yang besar..negara kita..malaysia..
untung kita tiada gempa bumi yang besar,..kalau ada,..70% negara kita akan musnah..terutamanya di bandar-bandar besar,..
sedarlah kita,tolong sedar..
dunia ni sementara,
kaya macam mana sekalipon,kalo bala dah sampai,..bankrup juga kita..tak bernilai..
lupakah kita,sejarah nabi luth,nabi nuh,nabi musa,nabi ibrahim a.s,nabi muhammad s.a.w dengan umatnya..lupakah kita,..

pikir-pikirkanlah,bertaubat,kembali kepada jalan Allah,kembali pada ISLAM,
bertaubatlah,lihatlah jurnal,national geografi ka,sains-sains bumi di tv pada malam -malam,..lihat dan kaji,benar tak sepertti yang tertulis dalam Al-quran,..muhasabah diri,istighfar banyak-banyak..mohon petunjuk dari Allah,mohon hidayah agar kita berubah dan diterima Allah s.w.t..ubahlah diri kita,..

tidak terlambat kita,untuk bertaubat,..ayuhlah kita,kembali kepada Allah.s.w.t...

maafkan saya ,yang buruk itu datang dari saya sendiri,yang baik itu datang dari Allah s.w.t..

JANGAN MUDAH TERTIPU ...

Posted in
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hari ini, saya ingin menyampaikan atau berkongsi sedikit ..pendapat..dan saya harap kamu semua berfikir realitinya...

maafkan saya jika apa yang saya hendak katakan ini,akan menyentuh sedikit hak-hak ke atas sesuatu itu..tapi memang perlu saya katakan sebelom terlambat..

Bismillahirrahmannirrahim...

tajuk yang hendak di bincangkan adalah... jangan mudah tertipu atau terpedaya...

sebenarnya..dalam sedar tak sedar,Malaysia kini sudah menghampiri negara yang hampir maju ..
tetapi hampir juga hampir kepada bahaya kepada rakyat nya...kenapa?

Ingat,khas kepada umat islam..orang melayu..

janganlah kamu leka, dengan keamanan ini..
janganlah kamu sangka, persengketaan tidak boleh berlaku lagi..
janganlah kamu sangka kemewahan ini akan kekal...
janganlah kamu sangka kamu selesa dengan orang yang kamu anggap ia selesa..
janganlah kamu sangka tiada bahaya dalam dunia kita ini..
janganllah kamu gembira dengan apa yang kamu capai..
janganlah kamu lupa, bahawa bukan kamu saja yang berada di negara ini..
janganlah kamu leka...

waspadalah..

setiap langkah kamu,telah di kaji oleh mereka..
setiap gerak geri mu telah di perhatikan mereka..
setiap kekuatan kamu telah di kaji mereka..
setiap kelemahan kamu telah di ingati mereka..
setiap perbuatan kamu telah di ketahui mereka..
setiap pertelingkahan kamu telah di ketawakan mereka..
setiap hubungan bertopeng muka telah di tunjukkan dari mereka

jadi...sedar kah kamu...
sedarkah kamu,di akhir zaman ini...
sedarkah kamu,..hak kamu...
lupakah kamu...
kamu sudah lupakah..
atau kamu telah di lupakan...
kamu mudah lupa...
kamu mudah lupa...
kamu mudah lupa...

jangan sangkakan air yang tenang,tiada buaya...
jangan sangkakan panas dari pagi tidak akan hujan di waktu petang...
jangan sangkakan air yang sejuk itu tidak akan panas semula...
jangan sangkakan,..gunung yang sejuk penuh salji,beku lavanya,itu,tidak akan meletus semula...

ingatlah...

kamu hanya ada ini ssaja..
kamu hanya ada 1 saja kekuatan..

ingatlah..
janganlah kamu berpecah sesama kamu...
janganlah kamu keras hati kerana perkara yang tidak sama...

janganlah di sebabkan perkara ini berlaku,kamu akan punah di hari kemudian..
janganlah kamu menyesal kelak...

ingaatlah..

kekuatan kamu adalah bersatu..
janganlah kamu goyah,
janganlha kamu ceraikan ia...seperti pinggan yang pecah..

sedarlah...
sedarlah...
sedarlah....
rujuk semula Al-quran dan Hadis..
janganlah alfa atau leka...

jika silap langkah,maka..hilanglah kamu...

MENTALITI KITA

Posted in
Assalamualaikum..selamat sejahtera,selamat sihat semuanya..

apa khabar..alhamdulillah,masih umur yang panjang,
alhamdulillah,masih ada kudrat iyanye,diri ini menyebarkan ilmu -ilmu islam..
alhamdulillah,anda semua masih sihat belaka,
alhamdulillah,..kerana nikmat Allah,masih di beri pada kita..

tajuk kita pd hri ini adalah mentaliti kita..terutama,umat islam negara ini.

realiti hidup kita, selalu dengar, selalu terlihat:
1.orang kita tidak yakin dengan diri sendiri..
2.orang kita malu untuk bertanya..
3.orang kita takut untuk mencuba..
4.hasad dengki yang terlalu tinggi..
5.cemburu yang kuat..
6.kurangnya ilmu islam..
7.penting diri sendiri..
8. mudah bertangguhkerja.
9.percaya pada tangkal..
10.banyak bercakap ,tiada isi..
11.suka hantar menghantar,jatuh menjatuhkan sesama sendiri..
12.takut kekalahan
13.jaoh diri dari Allah,
14.Jaoh dri dengan AL-Quran
15.Jaoh diri dgn Solat
16.Suka berpecah-belah
17.Suka memfitnah,mengumpat...mengata..
18.Mengaibkan orang lain
19.Jarang berfikiran jaoh..
20.Tidak mengaku kesalahan diri...

banyak lagi ,tetapi ini,adlah yang famous kita selalu jumpa..ya,memang benar..
cuma kita ni tidak pernah sedar,atopon wat-wat tidak sedar..

mentaliti kita berada ke arah negatif..sedih saya lihat..
mana hilangnya,maruah kita,mana hilangnya kekuatan islam kita..manakah mereka ini..

mentaliti kita sebenarnya di pengaruhi dengan:
1.kedudukan kita
2.pangkat kita
3. harta kita
4.nama kita
5.hawa nafsu kita...

mentaliti kita bukan di pengaruhi dari:
1.Al-Quran dn Hadis
2.solat
3.puasa
4.zakat
5.taat kpd ibu bpa kita..

Berapa ramai orang kita yang masih menjaga orang tuanya..
berapa ramai orang kita taat pd orang tuanya..
Berapa ramai orang kita letak orang tuanya di rmah orang2 tua...
Berapa ramai yang tinggalkan kuarganya.....

inilah mentaliti zaman la ni...

jangan katakan tidak...
tapi katakan ya...

jangan katakan bukan aku
tapi katakan sifat aku..

jangan katakan aku kuat..
tapi katakan kuat ku yang mana satu..

jangan katakan aku gah ...
tapi katakan diam itulah aku..


jangan katakan banyak masa lagi..
tapi katakan bila masa akan ku pergi nanti..

jangan katakan harta aku,tetap harta aku..
tapi katakan harta aku adalah harta Allah ku

jangan katakan bukan salahku
tapi katakan itu kelemahan diri ku

jangan katakan aibnya orang itu..
tapi katakan, aibnya perbuatanku, ya Allah,ya Tuhanku.

jangan katakan esok lusa hari itu hari ku..
tapi katakan hari esok lusa itulah bukan aku yang tahu..

jangan katakan diri ku sempurna segalanya..
tapi katakan la diriku tiada wujud sempurna..


maknanya,

fikirlah..saya akan cuba huraikan maksudnya,jika ada umur lagi..insyaAllah..
fikir-fikirkanlah..umat islam,orang melayu kita..