Follow me on Twitter RSS FEED

TV-ONLINE

LUAHAN SI MUSLIMIN

Posted in
Assalamualikum..ruangan kali ini mengenai luahan hati sebenar dari seseorang muslimin atau mujahid yang ingin di kongsi bersama.Sebenarnya perkara ini di tujukan kepada lelaki yang masih mencari jodohnya yang SESUAI SEWAKTU DENGANNYA,dan juga kepada wanita solehah,muslimah yang juga mencari pasangan untuk hidupnya.





Setiap manusia kat dunia ni mempunyai inspirasi masing-masing.Oleh itu,berdasarkan lagu nasyid DeHearty ini,lagu ini menunjukkan seorang lelaki yang sering berdoa kepada Allah,agar tabah dalam menjalani hidupnya,yang sering bermohon agar di kurniakan sinar harapan yang boleh menyinari hidupnya selamanya.Inspirasi Hati,penyuluh hidup,penawar hati,penyejuk hati..itulah dia wanita solehah.

Lelaki :Luahan hati
Di sebuah institusi pengajian tinggi yang terletak tidak jauh dari bandar metropolitan lagi cukup terkenal dengan namanya,Terdapat dua orang lelaki ,mereka akrab dan saling bekerjasama dalam semua kerja-kerjanya.Mereka ini adalah pelajar yang mengambil bidang sains .

Dikenali dengan namanya Asaddul dan Hadi Absyar,itulah rakan yang terkenal dengan kerapatan dan kepandaian mereka.Setiap hari mereka,pergi bersama ke kelas,menaiki motor legend WSR 4320 berwarna hitam.

Setiap hari ,pergi ke kelas asaddul akan sentiasa memasang niat,'Ya Allah,aku belajar ini keranaMu dan permudahkanla urusan ku dunia dan akhirat."

Manakala Absyar pula,sebelum pergi ke kelas,dia akan memasang niat,"Ya Allah,hari ini pertemukan aku dengan dia."

Dia,siapakah dia itu,...

Semasa di kelas,Hadi Absyar,akan pasang niat sekali lagi,"ya Allah,di manakah dia ya Allah,aku ingin sangat bertemu dengannya ya Allah.."(sambil mengeluarkan buku dari beg sambil melihat kawasan sekitarannya)

Penuh ramai dengan pelajar - pelajar kelas sains,iaitu kawan si Hadi dan Asaddul.Seperti biasa di waktu pagi sebelum kuliah start..hah,mereka akan berkumpul beramai-ramai,sambil menceritakan kesah hanget..kisah meletup,gosip sana,gosip sini,gosip situ..mana-mana gosip..

wah,cukup hebat cerita mereka ni,dh macam pasar ikan dah,bising sungguh,dah xda rupanya kelas..tetapi,keadaan ini berubah ,bertukar menjadi senyap sunyi apabila ..??
Semua nya terpegun,ia bukanlah satu jembalang mahupon hantu,bukanlah jua pensyarah..tetapi seorang perempuan yang berbaju pink ,bertudung 60 besarnya..itulah DIA,idaman si Hadi ..

Wajah Hadi bertukar seperti monyet terjumpa pisang,kawan-kawannya,gelak..hahahahaha,di oh di,"dia datang..jeng-jeng,dengan lenggang lenggoknya...dia datang..(lagu Dato M.Daud Kilau)..
Hadi tersenyum sipu-sipu,malu-malu kucing,kawan-kawannya tertawakan si Hadi,termasuklah Asaddul.

Kemudian barulah muncul pensyarah masuk ke kelas,dan menagajar sehinggalah 2 jam..sampai pukul 10 a.m...hadi dan kawan-kawannya,belajar dengan penuh fokusnya,tetapi dalam fikiran kecil hadi masih terpikir,:Siapakah jejaka yang akan memiliki dia"

Jam sudah menunjukkan pukul 10.05 a.m..kelas tamat,mereka keluar kelas,sambil..

"Hadi ,fuyooooo,ko,memangla,ko ni macam shah ruk khan dan Kajol la,..hahaha"Osman.

"Weh,p la cakap dengan dia tu,..bila lagi kan,asyik pendam ja.."

"Sapa"hadi jawab.

"hah ko,dah ade depan mata ,tak nak cakap,terkeduuuu..hahaha,macam jumpa ular tedung depan mata..haha"sindir Rafi.

Hadi jawab"Weh,aku dah cakap la..korang ni..tapi melalui pandangan mata la..hahaha"

"hahahahahahahahaha"mereka gelak tidak berhenti sampailah tiba di tangga, Hadi berkata

"weh,cuba tanya Asaddul,hah,..camna.."

"apa pula aku"jawab Asaddul

Zubir tanya kepada Asaddul"weh jejaka tampan,,haha,ko ni diam-diam ,berisi ehhhh"

"hahahaha'mereka gelak lagi.

"Ko ni apa jenis ar,mesti ko minat perempuan kan,tak kan la ko ni minat laki..hehehe,sapa yang ko minat hah"Tanya lagi Zubir kepada Asaddul.

"ish korang ni,..apelah,tak yah la ,pikir-pikir bende ni..bek pikir motor ka,bola ka..hah tu baru la laki kan.."jawab Asaddul.

mereka pon p ke cafeteria..

di cafeteria,suasana nya yang bising ,dipenuhi dengan pelajar-pelajar,dan juga pensyarah,sambil makan dan juga membeli makanan..Di situ terdapat juga wanita-wanita cantik,yang sentiasa di jadikan bualan oleh pelajar lelaki ini....

Mata berkelip-kelipan,ntah pandang siapa jejaka ni,sambil mengambil makanannya..

bersambung...